Thursday, January 8, 2009

Cinta seorang pemuda

Aku suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya.. Cantik betul.. Sungguh!.. Sampai aku takut nak pegang.. Bukan takut jari-jemarinya patah., tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!..

Aku suka sangat tengok rambutnya., cantik betul.. Sungguh!.. Sebab itu aku belikan dia tudung.. Bukan sebab cemburu orang lain tengok., bukan!.. Tapi sebab aku mahu rambutnya sentiasa ditutup sampai bila-bila.. Takut nanti dibakar dek api neraka., di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta..

Aku suka sangat tengok badan teman wanitaku.. Solid betul.. Sungguh!.. Sebab itu aku belikan dia telekung suapaya masa ‘dating’ dengan kekasih dia Yang Utama., dia jauh lebih cantik dan berseri menghadapaiNya.. Aku pun tumpang dapat pahala.. Syoknya..

Aku sedih sangat bila tengok teman wanitaku tak boleh tidur., tak makan sebab rindukan aku.. Aku pun macam tu juga.. Si dia Tanya., “Apa ubatnya nie..?”.. Aku pun bagi dia senaskah Al-Quran sebagai penenang jiwa.. Semoga dia cintakan-Nya lebih dariku..

Aku sedih tengok dia selalu pesan macam-macam., “makan., minum., jaga diri., pandu elok-elok., nanti awak sakit., saya juga yang susah hati..”.. Tapi bila tengok wayang sama-sama., terlepas zuhur., asar begitu sahaja., dia tak kata apa-apa pun.. Aduh., berdosanya aku..

Aku memang sayang sangat pada dia.. Aku nak jumpa dia., bersama dia., cinta secintanya.. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat., ber’dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selamanya..

Doakan kami saling ingat-mengingati., insaf-menginsafi.. Ya Allah., ampunkanlah kami.. Semoga kami dapat kekal bersama selamanya di syurga nanti.. Amin..

No comments: