Thursday, June 30, 2016

ibu


seorang ibu akan terus menyayangi anaknya

walaupun anaknya telah semakin meningkat dewasa dan terus dewasa..

namun si anak belum tentu sanggup menjaga ibu nya

yang semakin hari semakin tua dan semakin tua..

datanglah jika ibu memanggilmu hari ni..

kerana mungkin esok insan yang bernama ibu itu

mungkin tidak akan dapat memanggilmu lagi..

pernah dulu aku melawan bila seseorang berkata

"nanti kamu akan menangis bila ibu telah tiada.."

dan kini aku percaya..

reason


everything happens for a reason

that reason causes changes

sometimes the change hurts

sometimes the change is hard

but in the end

it is all for the best

Wednesday, June 29, 2016

DOTA













Zaman study paling heaven..

Kelas start pagi.. Lepas lunch balik rumah dota smpai malam..

Kelas start petang.. Dota dari malam sampai 2-3 pagi..

Weekend.. Lepas subuh sampai petang dota.. sekali main ada 5 org.. 3 org dlm bilik sini.. 2 org kat bilik depan.. Kalau suruh stun atau ulti mcm nk roboh bangunan jerit 😂😂😂.

Sem 3 dapat awek.. Semuanya berubah selepas itu...😢

Mungkin betul la orang kata DOTA ni stand for Dunia Orang Tanpa Awek..

Ketika menghadapi kesempitan rezeki


Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain.. maka kesempitan itu tidak akan hilang.. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah.. maka Allah akan menyediakan kepadanya rezeki dengan segera.. sama ada cepat atau dilambatkan sedikit..

(Hadith riwayat Tirmizi)

Tuesday, June 28, 2016

Time

It is amazing

How 3 minutes

With the wrong person

Feel like an eternity..

Yet 3 hours

With the right one

Feel like only a moment..

Monday, June 27, 2016

deserve


don't complain about someone

not treating you right..

if you know you deserve better

why are you with them..?

Hak - Hak Jiran

Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?;

1. Jika ia meminta  tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya.

2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.

3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya,

5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.

6. Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.

7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai ke rumahnya kecuali dengan izinnya.

9. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu.

10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya

11. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.

suka


jangan cepat suka..

ingat..

manusia datang dan pergi..

ikut suka depa..

ignore


god will always bring the right people into your life

but you have to let the wrong people walk away

or ignore me

that is cool too..

Saturday, June 25, 2016

Re : Letter of Resignation


Dear Sirs,

You know why I want to resign?

Since I worked for you.. My money is not enough to use..

Though when my money not enough to use.. I become unhappy..

When I become unhappy.. I will eat a lot.. I will get fat..

When I get fat.. It will affect your company's image..

When your company's image affected.. Your business wont be good..

When your business is not good.. You become unhappy..

When you become unhappy.. You will eat a lot..

I am afraid you will become fat.. Like me..

You see Sirs.. It is vicious cycle I did everything for your own good..

Because I care for you Sirs..

So the conclusion is.. I wanna resign..

Please lahh let me go.

Thank you Sirs..



Thanks and regards

..............................

Friday, June 24, 2016

bikers





















I ride to understand myself.. my machine.. the lands in which I ride..
and to seek out and know other bikers like myself..


ego


hari ini

kau menang kerana ego kau..

tapi suatu hari nanti

kau akan kalah sebab rindu kau..

arrow


a Man said to another :

I heard this man say such and such and such thing about you behind you back..


He replied :

He shot an arrow and it missed me.. so why you picked it up to stab me with it..?


perbalahan


jangan cari titik perbalahan dan perdebatan..

cari titik persamaan yang kalian telah hilang..

kalian bukan orang lain..

semua saudara satu Islam..

Islam itu apa..? Aman..

ketika susah.. kau tolong aku.. aku tolong kau..

jiwa Islam ialah kasih sayang dan ketenangan..

contohi kaum muhajirin dan ansar..

jangan jadi macam yahudi dalam perang khaibar..

bergaduh sesama sendiri..

Thursday, June 23, 2016

trust (iii)


a relationship without trust

is like having a phone with no service..

and what do you do with a phone with no service..?

you play games..

limo punya cerita


beberapa hari ni duk kecoh si mamat tu buat suprise ufk besday gf dia dengan limo bagai..

teringat aku kat cerita di suatu tempat di musim yang lalu..

gf buat suprise dia nak kawin dengan orang lain..

dan angin pun berlalu..

makan


sebelum kita nak mengeluh pada rasa sesuatu hidangan..

renungkanlah mereka di luar sana..

yang tidak punya apa untuk di makan..

kita bukan golongan yang mencari siapa untuk di makan..

Wednesday, June 22, 2016

rukun


korang bila lagi nak kawin?

kalo ikut rukun nikah dah lepas da..

kalo ikut rukun melayu saya macam tak lepas lagi..

sekelip mata


tiada siapa boleh jadi baik dalam sekelip mata..

sama juga macam..

tiada siapa boleh jadi kurus dalam sekelip mata..

kenangan


kenangan manis kau dan aku takkan terluput..

duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia..

kenangan tak semestinya ada pada benda mahal atau murah..

terkadang ada pada masa dan keadaan..

apa yang penting sesuatu yang bermakna..

dan erti kata bermakna atau tak tu.. kau yang tentukan..

meski hanya sebatang pensil..

Tuesday, June 21, 2016

awful


If I could show you

how awful you made me feel..

you would never be able

to look me in the eyes again..

for those who understand

no explanation is needed..

for  those who do not understand

no explanation is possible..

bekalan


setiap kali kita di bangunkan lagi untuk hidup..

sehari ke sehari lagi..

bersyukurlah..

kerana Allah masih memberi peluang..

untuk kita mencari dan menambahkan lagi..

bekalan untuk perjalanan dan hidup di Akhirat..

Monday, June 20, 2016

botol



ini botol..

jika di isi air mineral.. mungkin nilainya RM 1.50..

jika di isi jus oren.. mungkin nilainya RM 5.00..

jika di isi madu lebah.. mungkin menjadi RM 100.00..

jika di isi minyak wangi.. mungkin mencecah RM1,000.00..

tapi jika di isi dengan air longkang.. nilai dan tempat bagi nya adalah tong sampah..

begitulah juga dengan manusia di sisi Allah..

yang mana seharusnya di isi dengan Iman dan Taqwa..

moga nanti kita tidak dibuang ke Neraka..

kerana tiada harga dan nilai pada pandangan-Nya..

hidayah


apabila bercakap tentang hidayah..

ramai memilih untuk menunggu..

walaupun sedar hidayah itu perlu di cari..

bukannya jatuh bergolek ke riba..

tetapi apabila bercakap soal jodoh..

ramai yang memilih untuk berusaha keras mencarinya..

walaupun sedar pada hakikatnya..

jodoh itu sudah di tentukan..

masa (iii)


jika kamu pantas merentasi ruang..

kamu lambat merentasi masa..

jika kamu lambat merentasi ruang..

kamu pantas merentasi masa..

Friday, June 17, 2016

seseorang


carilah seseorang yang tau buruk perangai kita

tapi tetap terima kita..

tahu kekurangan kita

tapi tetap ingin bersama kita..

tahu kisah silam kita

tapi tetap membimbing untuk ke syurga..

tahu kita tak seperti yang dia inginkan

tapi tetap ada dengan kita..

hargailah bila dah jumpa..

sebab orang macam ni dah tak ramai..

Thursday, June 16, 2016

buka


perempuan yang cantik akan membuka mata lelaki..

perempuan yang baik akan mengusik hati lelaki..

perempuan yang berakhlak mulia akan membuka hati lelaki..

tips jimatkan kenduri kahwin


1. limitkan jemputan instead of jemput satu kampung kepada 500 orang contoh nya..

2. door gift takyah nk ohsome sangat.. banyak nye pun bekas lagi lawa daripada isi.. beli yasin kt mydin bru 6 posen kot.. orang baca dapat gak pahala..

3. kad kawin buat biasa.. takyah nak bau wangi bagai.. sudahnya nanti orang buang jugak.. kalo boleh biar seragam untuk semua orang.. ada yang untuk kawan lain utk keluarga lain utk orang kampung lain.. tak baik kelas-kelas kan masyarakat..

4. lauk makan buat yang common je.. orang sekarang dah boleh hafal gi kenduri lauk apa.. tu biasa.. takyah nk gempak sangat buat nasi arab kambing.. layan nasik ayam pun da ok.. silap2 dapat RM5 je kos per pax siap air sirap.. da nama pun nak jimat..

5. buat kenduri lepas waktu subuh.. bagus apa bagi orang makan serapan.. rezki pagi hari tu.. tujuan kenduri pun nak bagitau dah kawin je kan..

6. kalo taknak belanja mahal untuk makan.. buat la kenduri cara 'pot luck'.. daripada duk fikirkan kos katering tu.. baik gunakan untuk belanja lepas kawin nanti kan.. buat pegi honeymoon ker..

trust (ii)


trust yourself..

you have survived a lot..

and you will survive..

whatever is coming..

penerang hati


aku mencari penerang hati itu

dengan sembahyang di waktu siang yang terang..

tetapi aku dapati ianya..

berada di dalam sembahyang malam yang sunyi..

hidup


kita tidak hidup kerana pujian..

dan kita tidak mati kerana cacian..

tapi kita hidup untuk mencari redha Allah..

Wednesday, June 15, 2016

kuli


salah sikit kena maki

rajin pulak kena perli

bila sakit ambik MC

itu pun di kata beli

elok sakit kerja kembali

kerja selagi belum mati

kaya sekejap time gaji

lepas 3 hari miskin kembali

awal bulan makan kari

tengah bulan makan megi

hujung bulan makan kongsi-kongsi

tak dak duit pinjam sana sini

tu belum yang kahwin lagi

hutang sana dan sini

dah kawen silap-silap bini lari

itulah nasib seorang kuli

apa itu ikhlas ?


ikhlas itu seperti surah Al-Ikhlas..

yang tidak ada kata ikhlas di dalam nya..

selama ikhlas masih terungkap..

itu bererti belum ikhlas..

kerana mereka yang ikhlas..

sentiasa berbuat sesuatu..

tanpa menyebut keikhlasannya..

masa (ii)


bila kita solat awal

percayalah

kita akan rasa macam banyak sangat masa

bila kita ada masa untuk Allah

Allah akan bagi kita masa untuk dunia..

Tuesday, June 14, 2016

jodoh (ii)


kita tak tahu pasal jodoh..

walaupun dah kahwin..

kita tak tahu jodoh yang bersama kita tu..

kekal atau tak sampai kita mati..

kadang kita dah buat yang terbaik..

tapi terputus juga di tengah jalan..

jangan sesekali pandang serong pada mereka yang bercerai..

sebab tak ada manusia yang nak berpisah dengan pasangan yang dia sayang..

semua itu aturan Tuhan..

untuk mendidik kita untuk jadi lebih baik..

kita tidak selalu betul


meletakkan kesalahan kepada orang lain

atau mengira kesalahan orang lain

memang mudah..

TETAPI

amat sukar untuk kita mengaku atau mengira

kesalahan sendiri..

kita tidak sentiasa betul..

dan orang lain tidak sentiasa salah..

jika kita terlalu kerap menyalahkan

kita mesti bersedia untuk disalahkan..

KERANA

jika kita selalu mencari kesalahan orang lain

orang lain juga akan sentiasa mencari kesalahan kita..

Monday, June 13, 2016

ingatan untuk diri sendiri..


amende tu?

baik tulis je kat kertas..

masukkan dalam dompet..

tak pun tulis kat henfon.. save..

barulah ingatan untuk diri sendiri..

salam zuhur..

kesalahan


setiap dari kita pernah melakukan kesalahan..

dan kadang-kadang memang tiada jalan untuk kita kembali ke masa lalu bagi memperbetulkan keadaan..

tetapi kita ada pilihan untuk terus melangkah ke hadapan..

dengan lebih bijak., berhati-hati dan lebih terkawal dalam meneruskan kehidupan kita..

ijazah terbaik datangnya dari jalanan.. pahit getir yang kita lalui adalah guru yang sejati..

Di Sini Bukan Rumah Kita


Kita bukan penduduk bumi.. Kita tidak berasal dari bumi.. Tapi kita berasal dari syurga..

Maka., carilah bekal ke rumah kita.. ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan..

Dunia bukan rumah kita.. Jangan alpa dengan kesenangan dunia.. Hanya pejalan kaki kembali ke rumah kita..

Tak rindukah pada kampung kita..?

Bukankah mereka yang dalam perjalanan selalu mengingat rumahnya dan mencari buah tangan untuk kekasih yang menunggu di rumah..?

Lantas., apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita..?

Rabb yang mulia.. Hanya meminta amal soleh dan keimanan.. Taat pada-Nya serta rasa rindu pada-Nya yang menanti di rumah..

Kita bukan berasal dari bumi.. Kampung asal kita adalah di syurga.. Kenapa kita lupa..?

Rumah kita jauh lebih indah di sana.. Kenikmatannya tidak terlukiskan..Dihuni oleh insan yang mencintai kita.. Ada isteri solehah.. Ada suami.. Ibubapa tercinta serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.. Mereka rindu kehadiran kita.. Setiap saat menatap menanti kita.. Menanti khabar baik dari Malaikat Izrail..

Bila dan bagaimana keluarga mereka akan pulang..?

Ikutilah peta (Al-Quran) yang Allah titipkan sepanjang perjalanan..
Jangan salah arah dan berbelok ke rumah Iblis Laknatullah..

Kita bukan penduduk bumi.. KIta penduduk syurga.. Bumi hanyalah perjalanan.. Moga perjalanan kita ke sana selamat dan dirahmati..

Begitu beratkah memenuhi permintaan-Nya.. untuk sampai kembali ke rumah kita yang asalnya..?

Saturday, June 11, 2016

hakikat ramadhan


hakikat yang paling menakutkan ketika ramadhan..

adalah bilamana akhirnya kita sedar..

kejahatan itu bukan dari syaitan dan bisikannya..

tapi dari diri kita sendiri..

kopiah dan kasut


harga bagi sebuah kopiah adalah dari RM3 ke RM30..

manakala harga kasut pula antara RM50 ke RM500..

kopiah walaupun harganya murah tapi letaknya di kepala dan dibawa solat..

kasut yang mahal tu duduknya di kaki saja..sampai masjid kena tanggal dan letak di tangga..

begitu lah juga dengan kehidupan ni..

Allah tidak memandang siapa kita..

tapi Allah pandang fungsi diri kita..

bagaimana kita mengisi hidup kita ini..

bagaimana kita merancang kehidupan selepas mati nanti..

harga seorang hamba bergantung kepada amalannya..

selamat beramal..

Friday, June 10, 2016

sakit penghapus dosa

















Ya Allah.. Tuhan sekalian manusia..

lenyapkanlah segala penyakit.. sembuhkanlah..

Engkau Tuhan yang menyembuhkan..

tiada kesembuhan kecuali kesembuhanMu..

iaitu penyembuhan yang tidak meninggalkan suatu penyakitpun..

Ya Allah.. sembuhkanlah penyakit dan sakit diriku secepatnya..

dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya..

buat jiwa yang sedang digugurkan dosa.. senyumlah..

Amiin Ya Rabbal 'Alamin..

syubhah


menarik apabila seseorang bersembang sakan sambil menghisap rokok yang asap memenuhi ruang wajahnya dan dihidu pula oleh orang lain yang tidak berdosa..

si perokok itu dengan gah berkata, "saya cukup pantang benda-benda haram dan syubhah ni.. bukan kata nak masuk ke mulut.. masuk rumah saya pun saya takkan bagi.."..

perkataannya jelas tapi sukar untuk kita mengerti..

lebih sukar lagi untuk kita hadam maksudnya apabila melihat kopiah putih atas kepalanya..

Tuesday, June 7, 2016

your society is doomed


this quote been wrote by Ayn Rand back in 1957. It is frightening how accurate the statement is today.


money is the barometer of a society's virtue

when you see that trading is done, not by consent, but by compulsion

when you see that in order to produce, you need to obtain permission from men who produce nothing

when you see that money is flowing to those who deal, not in goods, but in favors

when you see that men get richer by graft and by pull than work, and your laws don;t protect you against them, but protect them against you

when you see corruption being rewarded and honesty becoming a self-sacrifice

you may know that your society is doomed.

money is so noble a medium that does not compete with guns and it does not make terms with brutality

it will not permit a country to survive as half-property, half-loot.

which one is smarter ?





we live in the era of SMART phone and STUPID people..

maybe it will be possible to punch people over the internet soon..

I know it sounded sarcastic.. But I meant it..

don't let idiot ruin your day..

lelaki (ii)


tahukah anda.. lelaki sebenarnya jauh lebih sering menangis ?

namun mereka menyembunyikan tangisnya

di dalam kekuatan akalnya..

itulah mengapa Allah menyebutkan

pada lelaki itu lebih kuat akalnya berbanding wanita..

dan itulah sebabnya mengapa tidak kau melihat

melainkan daripada kedegilan mereka..

lelaki menangis kerana tanggungjawabnya

di hadapan Allah kelak..

Monday, June 6, 2016

just don't worry


anxiety.. worrying..

is a waste of time..

it doesn't change anything..

it mess with your mind

and steal your happiness..

fake


I don't know how people

can fake their entire relationship..

I can't even face a hello

to somebody I don't like..

salam ramadhan

air tak selalu nya jernih.. begitu juga ucapanku..

kapas tak selalu nya putih.. begitu juga hatiku..

langit tak selalunya biru..  begitu juga hidupku..

jalan tak semestinya lurus.. begitu juga tingkahku..

jika maaf itu bisa terungkap hari ini..

untuk apa menunggu hari raya tiba..

sedangkan hembusan nafasku pun tak pernah tahu bila kan terhenti..

maka dari itu.. ku ingin memohon maaf..

atas kesalahan dan kekhilafan dalam perbuatan samada sengaja mahupun tidak..

yang membuatkan kalian terasa hati.. sakit hati.. mahupun tiada hati lagi..

moga kita diberi kesihatan yang baik.. waktu yang cukup..

untuk sama-sama menjalani ibadah puasa dengan sempurna..

puasa


daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda :

sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah..

serta mengharapkan keredhaannya..

akan diampukan semua dosanya yang telah lepas..

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Saturday, June 4, 2016

lelaki


dia lelaki

dia ada hati dan perasaan

nampak gagah, tegap berdiri

kecewa dia, menangis dia, rajuk dia

dia sembunyikan..

ada kau tau dia sakit hati..?

pernah kau tau kenapa dia tiba-tiba diam seribu bahasa..?

tu sebab dia terasa hati

bukti lelaki ada hati..

Friday, June 3, 2016

tujuan


wanita memilih lelaki itu dengan harapan dia berubah laku..

lelaki memilih wanita itu dengan harapan dia tak berubah..

sampai masa.. tidak dapat tidak..

kedua-dua nya kecewa..

be happy


I am sad.. angry.. hurt..

mad.. disappointed..

But you know what..?

I will put on a happy face

and move on..

It will hurt..

But I will survive..

Thursday, June 2, 2016

privilege


1 universe

9 planets

204 countries

809 islands

7 seas

and I had a privilege to know you

even to meet you..

masa (ii)


setiap sesuatu perkara dan perancangan perlukan masa..

benih yang kita semai hari ini pun tak mungkin menghasilkan buah yang ranum keesokan harinya..

tapi itu tak bermaksud ia takkan menjadi..

sabarlah.. sampai masa semuanya akan terungkai..

wait


i will wait for you..

like the sand..

in the land..

waits for the sea..

come back to me..

pendamping


setiap dari kita berharap untuk ada seseorang yang terbaik untuk kita di sisi..

cara terbaik untuk memperoleh pendamping hidup yang baik

adalah dengan cara memperbaiki diri..

miskin itu nikmat


dewasa ini kita sering di khabarkan dengan keadaan saudara kita..

yang hidup dalam keadaan serba kekurangan..

masih ada insan seperti ini di zaman yang konon nya ke arah kemajuan..

di kala insan di atas menikmati keindahan dunia..

orang di bawah penuh pengharapan untuk mendapatkan cukuplah sekadar hidup yang lebih baik..

jika tidak untuk mereka.. mungkin lah untuk anak cucu mereka..

pilihan untuk mereka?

keluar daripada zon itu ataupun bertabah dan teruskan kehidupan..

ataupun teruskan hidup bagai ahli sufi.. hidup bertunjang agama tanpa harta namun hati tenang..

mungkin ada yang cuba keluar daripada kepompong kemiskinan..

tapi tak nampak jalan kerana sehari-hari memikirkan keperluan hidup keluarga sendiri..

dalam keadaan macam mana pun.. jangan takut.. kerani janji Allah rezeki itu ada..

jangan pernah merasa tak cukup tapi sematkan perasaan syukur..

sandarkan keyakinan yang tak berbelah bagi pada rahmat dan ujian yang di beri..

sampai masa bila kita dapat keluar daripada zon itu..

kita akan berasa bahawa miskin itu nikmat.. keindahan yang tak terungkai..

yang dengan nya kita akan belajar memberi..

memberi bukan kerana kita ada.. tapi kerana kita tau.. bagaimana rasa ketika tiada..

sentiasa kuat dan beringat..

bagaimana aku akan takut dengan kemiskinan..

sedangkan aku adalah hamba dari yang Maha Kaya..

mutiara kata pagi ini


seekor lebah memerlukan 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan sesudu besar madu..

manakala seorang wanita perlu menjawab sepatah perkataan setuju bagi suaminya berkahwin lagi untuk mendapatkan madu sebesar dirinya..

renung-renungkanlah..