Saturday, July 2, 2016

pesanan sepanjang musim perayaan


Skema gila siapa yang drive pakai seatbelt ni tau tak.. Kalau dah ajal., Sampai masa eksiden macam mana pun kau tetap mati juga..

Lagipun kau tau tak yang seatbelt tu diperbuat dari apa..? Semua benda syubahah digunakan dan paling penting itu semua agenda Yahudi..

Nak balik raya ni, kau janganlah bendul sangat.. Bawak lah laju sikit supaya cepat sampai.. Buat apa kau beli kereta Honda Civic model baru 2016 tu lepas tu bawak 110km sejam saja.. Apa barang beb..

Ko pecutlah laju laju., toksah bimbang pasal eksiden ke nak mati ke.. Kan tu semua ketentuan Tuhan.. Kalau dah ajal ka.u, tengah tengok tv pun boleh mati kan..? Jadi bawa laju-laju supaya cepat sampai..

Kau boleh cilok-cilok., selit-selit dan bawak di lorong kecemasan juga.. Kau bayar cukai kan..? Jadi gunalah setiap apa yang ada.. Lorong kecemasan tu kalau tak bagi guna jangalah buat besar-besar muat kereta ye tak..?

Dan kau kena tahu juga yang rekabentuk jalanraya yang ada lorong kecemasan ni juga adalah agenda Yahudi..

Kalau kau ada anak pula kau gembirakanlah mereka ketika dalam perjalanan balik kampung tu.. Kau pasang lah lagu kegemaran diorang dan biarlah anak-anak tu bermain., melompat-lompat gembira di belakang dan di depan..

Kalau kau letih boleh bagi anak kau drive.. Letak dia atas riba dan suruh dia jaga stereng dan kau jaga minyak dan brek.. Bila anak kau besar nanti bolehlah dia jadi pemandu F1 dan harumkan nama kau dan nama negara..

Jangan pula kau suruh diorang duduk dalam child carseat tu ataupun pakai seatbelt pulak., macamana diorang nak berseronok dan feel balik raya kan..? Lagipun child carseat tu juga sebenarnya agenda Yahudi..

Jadi usahlah kau khuatir pasal speedtrap., roadblock atau segala jenis ops yang bakal dibuat menjelang raya nanti.. Kalau kena saman., kau buat rilek sudah.. Saman-menyaman dan blacklist ni juga adalah agenda Yahudi..

Jadi harapnya kau baliklah raya dengan penuh bergaya.. Kereta baru dan kelajuan maksimum yang kau bawa tu nanti bolehlah cerita dekat member-member di kampung.. Baru gempak.. Ye tak..?

Itupun kalau kau masih hidup untuk berceritalah..

Faham ke tak ni??

p/s: Siapa yang tak faham sila pergi main jauh-jauh.

No comments: