Thursday, June 2, 2016

miskin itu nikmat


dewasa ini kita sering di khabarkan dengan keadaan saudara kita..

yang hidup dalam keadaan serba kekurangan..

masih ada insan seperti ini di zaman yang konon nya ke arah kemajuan..

di kala insan di atas menikmati keindahan dunia..

orang di bawah penuh pengharapan untuk mendapatkan cukuplah sekadar hidup yang lebih baik..

jika tidak untuk mereka.. mungkin lah untuk anak cucu mereka..

pilihan untuk mereka?

keluar daripada zon itu ataupun bertabah dan teruskan kehidupan..

ataupun teruskan hidup bagai ahli sufi.. hidup bertunjang agama tanpa harta namun hati tenang..

mungkin ada yang cuba keluar daripada kepompong kemiskinan..

tapi tak nampak jalan kerana sehari-hari memikirkan keperluan hidup keluarga sendiri..

dalam keadaan macam mana pun.. jangan takut.. kerani janji Allah rezeki itu ada..

jangan pernah merasa tak cukup tapi sematkan perasaan syukur..

sandarkan keyakinan yang tak berbelah bagi pada rahmat dan ujian yang di beri..

sampai masa bila kita dapat keluar daripada zon itu..

kita akan berasa bahawa miskin itu nikmat.. keindahan yang tak terungkai..

yang dengan nya kita akan belajar memberi..

memberi bukan kerana kita ada.. tapi kerana kita tau.. bagaimana rasa ketika tiada..

sentiasa kuat dan beringat..

bagaimana aku akan takut dengan kemiskinan..

sedangkan aku adalah hamba dari yang Maha Kaya..

No comments: