Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, July 15, 2016

kebetulan


tiada suatu kebetulan yang berlaku dalam hidup ini..

begitu juga dengan pertemuan dan perpisahan..

mereka ditakdirkan untuk muncul dalam hidup kita dengan sebab..

samada mereka merubah kita jadi lebih baik..

ataupun kita yang merubah mereka jadi lebih baik..

walaupun diri belum baik..

dugaan


ada masanya kita tidak suka apa yang terjadi dalam kehidupan kita..

namun janganlah kita bersedih..

sebab sesuatu kejadian itu ada hikmah yang Allah titipkan untuk kita..

bersabarlah.. jangan kita mengalah..

ini semuanya dugaan kehidupan..

Monday, July 4, 2016

ramadhan


cepat benar masa berlalu..

tanpa kita sedari ramadhan dah pun sampai ke penghujungnya..

sedih pulak  rasa hati nak melepaskan..

melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini..

pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati..

kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu..

Friday, July 1, 2016

redha itu bahagia


Malam.
Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya.
Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa.
Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu.

Dingin. Tegang.

Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan. Dingin dalam dua hati.
"Hari ni, hari last kita makan sama-sama."
Si suami berhenti makan. Basuh tangan.
"Sebab?" Isteri berkerut kening.

"Hari ini, abang lepaskan kamu dengan talak satu."
Isterinya itu terus kelu. Baru saja dijamahnya sedikit nasi. Suku pinggan pun belum. Dari tadi menanti suaminya pulang dari kerja. Lewat pula tu.
"Dah lima tahun kita kahwin. Awak faham dengan jelas, kita masih tak ada anak. Abang dah bosan. Bosan menanti. Awak asyik sakit perut, senggugut kuat, masalah dalam peranakan dan macam-macam lagi. Sampai bila nak berubat?

Abang dah give up.
Abang tak nak poligami. Jadi, ini adalah keputusan terbaik untuk kita berdua."
Si isteri yang sudah jadi bekas isteri dalam sekali lafaz hanya terkedu. Menitiskan air mata.

"Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi sayang saya selama kita bersama. Jaga saya dengan baik. Maafkan saya tak mampu bahagiakan abang dengan zuriat....maafkan saya, tak sempat pun nak salam tangan abang buat kali terakhir sebagai isteri yang sah.."
Tak mampu dihabiskan kata-kata.
Diganti dengan deraian air mata.

Keesokan hari, mantan isteri dihantar pulang ke rumah keluarganya.
Bekas mertuanya menanti dengan tenang. Tidak marah sedikit pun. Dibiarkan saja bekas suami anaknya itu berlalu pergi dari penglihatannya.
"Jangan sedih. Ayah masih ada. Seandainya semua lelaki dalam dunia ini tak dapat jaga kamu, ayah tetap akan bela kamu sampai ke akhir nyawa. Meski kamu sakit pedih, cacat cela, buruk hodoh sekalipun, ayah tidak akan merasa jijik sedikit atau terbeban langsung dengan kamu.

Ini ujian kehidupan. Masa kamu remaja dulu, kamu fikir hidup berumahtangga itulah suatu kebahagiaan abadi. Namun, sekarang kamu mengerti.
Rumahtangga itu penuh ujian. Mereka yang tidak berumahtangga tidak akan memahami sehinggalah mereka melalui. Ayah percaya, kamu sekarang lebih matang menilai kehidupan.

Akhirat jualah bahagia berkekalan."
Ayah tua itu berkata-kata. Walau dia tahu, kata-katanya tidak mampu meredakan seluruh kecamuk perasaan.
Si anaknya itu cuma mampu memeluk ayah tuanya penuh tangis dan sendu. Dalam dunia yang penuh kejam, ayah sendiri jua yang masih punya hati.
*
Bekas suami tiba di rumah.
Kosong. Sunyi.
Tiada lagi wajah yang selalu dimarahinya. Dihinanya. Diperlinya tiap ketika.
Dibuka pintu bilik. Ada kotak di atas katilnya. Label,
"Untuk suami tercinta."

Dikuaknya daun kotak. Diteliti satu persatu isi kotak.
Air matanya mengalir sendiri. Tak mampu ditahan lagi.
Dalam kotak, terisi penuh baju bayi. Stoking tangan dan kaki. Sweater. Penutup kepala.

"Abang, sejak awal kita nikah sampailah tahun ni, saya kaitkan semua ini untuk anak kita. Meski tak pasti bila saatnya, tapi saya percaya Allah akan makbulkan jua. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat sana.
Abang,

Setahun yang lalu, saya dengan tidak sengaja membelek fon abang. Masa tu abang tengah tidur. Allah gerakkan hati saya untuk melihat ke Whatsapp abang.
Masa tu, hati saya hancur. Bila tahu, bila lihat, abang mencari yang lain. Bukan itu saja, abang tidak mengaku saya sebagai isteri.
Abang bilang abang tidak pernah cintai diri ini.

Malahan, pelbagai kata yang tidak baik abang lemparkan pada saya. Sedangkan demi Tuhan, saya sanjung abang sebagai suami sikit pun tidak terusik hati ini untuk tidak setia. Untuk tidak hargai abang.

Saya hargai penat lelah pengorbanan abang selama ini untuk menyara saya yang tak dapat berikan zuriat pada abang. Tapi, mengertilah, bukankah itu kerja Allah? Bukan kemahuan saya, tapi kehendak Allah? Sungguh, saya mahu jadi seorang ibu. Sumpah, hati ini lagi sedih melebihi kecewanya hati abang.
Abang tidak cuma sakiti hati saya, tapi abang lawan takdir Allah. Abang tak terima Qada' Qadar-Nya.

Sedangkan Allah sedang menguji. Bukannya menghukum. Siapa yang bersyukur, siapa yang sabar, siapa yang cari-Nya, siapa yang nak jadi hamba-Nya, dan siapa yang nak tuntun tangan isteri bersama-sama ke Syurga.

Apakah tidak bahagia rumahtangga itu andai cuma ada kita berdua? Bagi saya, sudah cukup Allah bagi saya seorang suami. Saya tak layak minta lebih dari Allah. Ini saja sudah cukup membahagiakan hati. Itu yang saya fikir. Itu pendirian saya.

Saya diam sebab saya sayang abang sepenuh hati. Saya tak mengadu pada sesiapa agar abang tidak mempunyai isteri yang nusyuz. Saya tak mengadu di page rumahtangga membuka pekong sendiri, berbuat dosa. Saya hanya ada Allah di sisi.

Semuanya sudah saya tahu.
Tiada apa lagi abang perlu sorokkan atau nafikan. Di sudut hati, berharap abang kembali ke sisi diri. Menunggu cinta tulus abang. Siang dan malam doa yang sama saya panjatkan.
Tapi, saya terus dilupa.

Moga abang bahagia dengan pengganti saya. Sikit pun saya tak dendam atau sakit hati lagi. Saya cuba mengerti. Cuba reda sepenuh hati. Kerana selama ini, tugas saya pada abang adalah setia mencintai. Abang bagi saya tempat berteduh dan berlindung, beri saya makan dan pakai, beri saya secebis kasih sayang, semua itu dah lebih dari cukup. Saya tak layak minta lebih dari itu.
Salam sayang.
Isterimu."

Lelaki itu menahan sebak di dada. Rasa bersalah menguasai jiwa. Lantas diambil kunci kereta. Mahu pulang segera ke kampung mertuanya.
*
Di kampung, bekas isteri sakit kritikal dalam perut.
Rupanya barah rahim.
Jadi rahsia selama ini.

Antara dia dengan ayahanda tercintanya.
Bertarung dengan nyawanya sendiri. Sudahlah hati robek dilukai, sakit ditanggung tidak terperi. Pengorbanan demi pengorbanan hati. Dilupa dan diluka jiwa dan raga. Telan walaupun tahu penantiannya tidak berbalas. Sia-sia.


Sudahnya, ayah tua itu menitiskan air mata di sisi anaknya.
Tanpa daya upaya.
Dalam penglihatan isteri, wajah suaminya muncul dalam samar dan kelabu. Cuba mengukir sebuah senyuman.
Hatinya bersenandung lemah.

"Aku doa kau bahagia tanpaku...selamanya."
Suaminya meriba sekujur jasad yang diam bisu. Pernah setia padanya di suatu sudut waktu.

Thursday, June 30, 2016

ibu


seorang ibu akan terus menyayangi anaknya

walaupun anaknya telah semakin meningkat dewasa dan terus dewasa..

namun si anak belum tentu sanggup menjaga ibu nya

yang semakin hari semakin tua dan semakin tua..

datanglah jika ibu memanggilmu hari ni..

kerana mungkin esok insan yang bernama ibu itu

mungkin tidak akan dapat memanggilmu lagi..

pernah dulu aku melawan bila seseorang berkata

"nanti kamu akan menangis bila ibu telah tiada.."

dan kini aku percaya..

Wednesday, June 29, 2016

Ketika menghadapi kesempitan rezeki


Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain.. maka kesempitan itu tidak akan hilang.. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah.. maka Allah akan menyediakan kepadanya rezeki dengan segera.. sama ada cepat atau dilambatkan sedikit..

(Hadith riwayat Tirmizi)

Monday, June 27, 2016

Hak - Hak Jiran

Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?;

1. Jika ia meminta  tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya.

2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.

3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya,

5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.

6. Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.

7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai ke rumahnya kecuali dengan izinnya.

9. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu.

10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya

11. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.

Tuesday, June 21, 2016

bekalan


setiap kali kita di bangunkan lagi untuk hidup..

sehari ke sehari lagi..

bersyukurlah..

kerana Allah masih memberi peluang..

untuk kita mencari dan menambahkan lagi..

bekalan untuk perjalanan dan hidup di Akhirat..

Monday, June 20, 2016

masa (iii)


jika kamu pantas merentasi ruang..

kamu lambat merentasi masa..

jika kamu lambat merentasi ruang..

kamu pantas merentasi masa..

Thursday, June 16, 2016

penerang hati


aku mencari penerang hati itu

dengan sembahyang di waktu siang yang terang..

tetapi aku dapati ianya..

berada di dalam sembahyang malam yang sunyi..

Wednesday, June 15, 2016

masa (ii)


bila kita solat awal

percayalah

kita akan rasa macam banyak sangat masa

bila kita ada masa untuk Allah

Allah akan bagi kita masa untuk dunia..

Tuesday, June 14, 2016

jodoh (ii)


kita tak tahu pasal jodoh..

walaupun dah kahwin..

kita tak tahu jodoh yang bersama kita tu..

kekal atau tak sampai kita mati..

kadang kita dah buat yang terbaik..

tapi terputus juga di tengah jalan..

jangan sesekali pandang serong pada mereka yang bercerai..

sebab tak ada manusia yang nak berpisah dengan pasangan yang dia sayang..

semua itu aturan Tuhan..

untuk mendidik kita untuk jadi lebih baik..

kita tidak selalu betul


meletakkan kesalahan kepada orang lain

atau mengira kesalahan orang lain

memang mudah..

TETAPI

amat sukar untuk kita mengaku atau mengira

kesalahan sendiri..

kita tidak sentiasa betul..

dan orang lain tidak sentiasa salah..

jika kita terlalu kerap menyalahkan

kita mesti bersedia untuk disalahkan..

KERANA

jika kita selalu mencari kesalahan orang lain

orang lain juga akan sentiasa mencari kesalahan kita..

Monday, June 13, 2016

Di Sini Bukan Rumah Kita


Kita bukan penduduk bumi.. Kita tidak berasal dari bumi.. Tapi kita berasal dari syurga..

Maka., carilah bekal ke rumah kita.. ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan..

Dunia bukan rumah kita.. Jangan alpa dengan kesenangan dunia.. Hanya pejalan kaki kembali ke rumah kita..

Tak rindukah pada kampung kita..?

Bukankah mereka yang dalam perjalanan selalu mengingat rumahnya dan mencari buah tangan untuk kekasih yang menunggu di rumah..?

Lantas., apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita..?

Rabb yang mulia.. Hanya meminta amal soleh dan keimanan.. Taat pada-Nya serta rasa rindu pada-Nya yang menanti di rumah..

Kita bukan berasal dari bumi.. Kampung asal kita adalah di syurga.. Kenapa kita lupa..?

Rumah kita jauh lebih indah di sana.. Kenikmatannya tidak terlukiskan..Dihuni oleh insan yang mencintai kita.. Ada isteri solehah.. Ada suami.. Ibubapa tercinta serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.. Mereka rindu kehadiran kita.. Setiap saat menatap menanti kita.. Menanti khabar baik dari Malaikat Izrail..

Bila dan bagaimana keluarga mereka akan pulang..?

Ikutilah peta (Al-Quran) yang Allah titipkan sepanjang perjalanan..
Jangan salah arah dan berbelok ke rumah Iblis Laknatullah..

Kita bukan penduduk bumi.. KIta penduduk syurga.. Bumi hanyalah perjalanan.. Moga perjalanan kita ke sana selamat dan dirahmati..

Begitu beratkah memenuhi permintaan-Nya.. untuk sampai kembali ke rumah kita yang asalnya..?

Saturday, June 11, 2016

kopiah dan kasut


harga bagi sebuah kopiah adalah dari RM3 ke RM30..

manakala harga kasut pula antara RM50 ke RM500..

kopiah walaupun harganya murah tapi letaknya di kepala dan dibawa solat..

kasut yang mahal tu duduknya di kaki saja..sampai masjid kena tanggal dan letak di tangga..

begitu lah juga dengan kehidupan ni..

Allah tidak memandang siapa kita..

tapi Allah pandang fungsi diri kita..

bagaimana kita mengisi hidup kita ini..

bagaimana kita merancang kehidupan selepas mati nanti..

harga seorang hamba bergantung kepada amalannya..

selamat beramal..

Friday, June 10, 2016

sakit penghapus dosa

















Ya Allah.. Tuhan sekalian manusia..

lenyapkanlah segala penyakit.. sembuhkanlah..

Engkau Tuhan yang menyembuhkan..

tiada kesembuhan kecuali kesembuhanMu..

iaitu penyembuhan yang tidak meninggalkan suatu penyakitpun..

Ya Allah.. sembuhkanlah penyakit dan sakit diriku secepatnya..

dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya..

buat jiwa yang sedang digugurkan dosa.. senyumlah..

Amiin Ya Rabbal 'Alamin..

Tuesday, June 7, 2016

lelaki (ii)


tahukah anda.. lelaki sebenarnya jauh lebih sering menangis ?

namun mereka menyembunyikan tangisnya

di dalam kekuatan akalnya..

itulah mengapa Allah menyebutkan

pada lelaki itu lebih kuat akalnya berbanding wanita..

dan itulah sebabnya mengapa tidak kau melihat

melainkan daripada kedegilan mereka..

lelaki menangis kerana tanggungjawabnya

di hadapan Allah kelak..

Monday, June 6, 2016

salam ramadhan

air tak selalu nya jernih.. begitu juga ucapanku..

kapas tak selalu nya putih.. begitu juga hatiku..

langit tak selalunya biru..  begitu juga hidupku..

jalan tak semestinya lurus.. begitu juga tingkahku..

jika maaf itu bisa terungkap hari ini..

untuk apa menunggu hari raya tiba..

sedangkan hembusan nafasku pun tak pernah tahu bila kan terhenti..

maka dari itu.. ku ingin memohon maaf..

atas kesalahan dan kekhilafan dalam perbuatan samada sengaja mahupun tidak..

yang membuatkan kalian terasa hati.. sakit hati.. mahupun tiada hati lagi..

moga kita diberi kesihatan yang baik.. waktu yang cukup..

untuk sama-sama menjalani ibadah puasa dengan sempurna..

puasa


daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda :

sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah..

serta mengharapkan keredhaannya..

akan diampukan semua dosanya yang telah lepas..

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Thursday, June 2, 2016

masa (ii)


setiap sesuatu perkara dan perancangan perlukan masa..

benih yang kita semai hari ini pun tak mungkin menghasilkan buah yang ranum keesokan harinya..

tapi itu tak bermaksud ia takkan menjadi..

sabarlah.. sampai masa semuanya akan terungkai..