Showing posts with label Tarbiah Sentap. Show all posts
Showing posts with label Tarbiah Sentap. Show all posts

Tuesday, December 20, 2016

dahulu dan sekarang

⁠⁠⁠Orang zaman sekarang kata kumpul aset dulu baru kawin

Nabi SAW cakap kawin dulu nanti rezeki datang

Zaman dahulu umur 6 tahun dan umur 20 tahun kerja dan matang, pandai segala ilmu

Sebab tu Nabi umur 25 je dah kahwin

Moyang moyang kita lagilah awal kawin umur 16 tahun dah ada yang kahwin

Sekarang ni umur 25 tahun sibuk dengan dunia, sibuk segala gala

Yang lebih leceh, kriteria melampau lampau

Tapi inilah dunia, perangkap dan penjara orang yang beriman

Jangan fikir sangat. Allah SWT dah tetapkan jodoh masing masing

Yang datang jodoh awal tu pengajaran bagi yang datang lambat

Yang datang jodoh lewat tu pengajaran bagi yang datang awal

Dua dua betul. Tapi pada akhir zaman ni, kena letak dalam mindset kata Rasulullah SAW. Kahwinlah awal untuk mengelak maksiat dan perzinaan

Pakai kopiah dan mengaji pun boleh rebah kalau kena goda dengan WANITA

~credit syamim

Thursday, August 4, 2016

jodoh (iii)


sungguh bukan jodoh yang tidak kunjung tiba yang harus kau gusarkan..

namun kematian yang datang menjemput secara tiba-tiba itu yang lebih patut kau takutkan..


Monday, August 1, 2016

sampai masa


sampai masa, insan itu akan berhenti berlari ke arah kita..

sampai masa, insan itu akan berhenti bertanya kita beribu soalan yang sama..

sampai masa, insan itu akan berhenti genggam tangan kita..

sampai masa, insan itu akan berhenti makan sepinggan dengan kita..

sampai masa, insan itu akan berhenti merenung mata kita..

sampai masa, insan itu akan berhenti bergelak tawa bersama..

Monday, July 18, 2016

Message


The purpose of a text is to get a reply within a minutes..

I mean and I am so meant..

If I wanted to wait I suppose to send you a letter..

Through an old ill pigeon instead..

Did you get it..?

Monday, July 4, 2016

to be wise


a wise man once told me that..

enjoy the fruits of your labor while you can and don't wait to travel when you can't even walk by then..

you can have all the money you want but you only have one life to live and you're not coming back..

Saturday, July 2, 2016

pesanan sepanjang musim perayaan


Skema gila siapa yang drive pakai seatbelt ni tau tak.. Kalau dah ajal., Sampai masa eksiden macam mana pun kau tetap mati juga..

Lagipun kau tau tak yang seatbelt tu diperbuat dari apa..? Semua benda syubahah digunakan dan paling penting itu semua agenda Yahudi..

Nak balik raya ni, kau janganlah bendul sangat.. Bawak lah laju sikit supaya cepat sampai.. Buat apa kau beli kereta Honda Civic model baru 2016 tu lepas tu bawak 110km sejam saja.. Apa barang beb..

Ko pecutlah laju laju., toksah bimbang pasal eksiden ke nak mati ke.. Kan tu semua ketentuan Tuhan.. Kalau dah ajal ka.u, tengah tengok tv pun boleh mati kan..? Jadi bawa laju-laju supaya cepat sampai..

Kau boleh cilok-cilok., selit-selit dan bawak di lorong kecemasan juga.. Kau bayar cukai kan..? Jadi gunalah setiap apa yang ada.. Lorong kecemasan tu kalau tak bagi guna jangalah buat besar-besar muat kereta ye tak..?

Dan kau kena tahu juga yang rekabentuk jalanraya yang ada lorong kecemasan ni juga adalah agenda Yahudi..

Kalau kau ada anak pula kau gembirakanlah mereka ketika dalam perjalanan balik kampung tu.. Kau pasang lah lagu kegemaran diorang dan biarlah anak-anak tu bermain., melompat-lompat gembira di belakang dan di depan..

Kalau kau letih boleh bagi anak kau drive.. Letak dia atas riba dan suruh dia jaga stereng dan kau jaga minyak dan brek.. Bila anak kau besar nanti bolehlah dia jadi pemandu F1 dan harumkan nama kau dan nama negara..

Jangan pula kau suruh diorang duduk dalam child carseat tu ataupun pakai seatbelt pulak., macamana diorang nak berseronok dan feel balik raya kan..? Lagipun child carseat tu juga sebenarnya agenda Yahudi..

Jadi usahlah kau khuatir pasal speedtrap., roadblock atau segala jenis ops yang bakal dibuat menjelang raya nanti.. Kalau kena saman., kau buat rilek sudah.. Saman-menyaman dan blacklist ni juga adalah agenda Yahudi..

Jadi harapnya kau baliklah raya dengan penuh bergaya.. Kereta baru dan kelajuan maksimum yang kau bawa tu nanti bolehlah cerita dekat member-member di kampung.. Baru gempak.. Ye tak..?

Itupun kalau kau masih hidup untuk berceritalah..

Faham ke tak ni??

p/s: Siapa yang tak faham sila pergi main jauh-jauh.

Friday, July 1, 2016

pandangan


biarlah aku dilihat jahat..

asalkan aku tak berpura-pura baik..

walaupun masa silam aku gelap..

aku akan jadikan masa depan aku cerah..

Thursday, June 30, 2016

ibu


seorang ibu akan terus menyayangi anaknya

walaupun anaknya telah semakin meningkat dewasa dan terus dewasa..

namun si anak belum tentu sanggup menjaga ibu nya

yang semakin hari semakin tua dan semakin tua..

datanglah jika ibu memanggilmu hari ni..

kerana mungkin esok insan yang bernama ibu itu

mungkin tidak akan dapat memanggilmu lagi..

pernah dulu aku melawan bila seseorang berkata

"nanti kamu akan menangis bila ibu telah tiada.."

dan kini aku percaya..

Monday, June 27, 2016

deserve


don't complain about someone

not treating you right..

if you know you deserve better

why are you with them..?

suka


jangan cepat suka..

ingat..

manusia datang dan pergi..

ikut suka depa..

Friday, June 24, 2016

arrow


a Man said to another :

I heard this man say such and such and such thing about you behind you back..


He replied :

He shot an arrow and it missed me.. so why you picked it up to stab me with it..?


perbalahan


jangan cari titik perbalahan dan perdebatan..

cari titik persamaan yang kalian telah hilang..

kalian bukan orang lain..

semua saudara satu Islam..

Islam itu apa..? Aman..

ketika susah.. kau tolong aku.. aku tolong kau..

jiwa Islam ialah kasih sayang dan ketenangan..

contohi kaum muhajirin dan ansar..

jangan jadi macam yahudi dalam perang khaibar..

bergaduh sesama sendiri..

Thursday, June 23, 2016

trust (iii)


a relationship without trust

is like having a phone with no service..

and what do you do with a phone with no service..?

you play games..

makan


sebelum kita nak mengeluh pada rasa sesuatu hidangan..

renungkanlah mereka di luar sana..

yang tidak punya apa untuk di makan..

kita bukan golongan yang mencari siapa untuk di makan..

Wednesday, June 22, 2016

rukun


korang bila lagi nak kawin?

kalo ikut rukun nikah dah lepas da..

kalo ikut rukun melayu saya macam tak lepas lagi..

Monday, June 20, 2016

botol



ini botol..

jika di isi air mineral.. mungkin nilainya RM 1.50..

jika di isi jus oren.. mungkin nilainya RM 5.00..

jika di isi madu lebah.. mungkin menjadi RM 100.00..

jika di isi minyak wangi.. mungkin mencecah RM1,000.00..

tapi jika di isi dengan air longkang.. nilai dan tempat bagi nya adalah tong sampah..

begitulah juga dengan manusia di sisi Allah..

yang mana seharusnya di isi dengan Iman dan Taqwa..

moga nanti kita tidak dibuang ke Neraka..

kerana tiada harga dan nilai pada pandangan-Nya..

hidayah


apabila bercakap tentang hidayah..

ramai memilih untuk menunggu..

walaupun sedar hidayah itu perlu di cari..

bukannya jatuh bergolek ke riba..

tetapi apabila bercakap soal jodoh..

ramai yang memilih untuk berusaha keras mencarinya..

walaupun sedar pada hakikatnya..

jodoh itu sudah di tentukan..

Thursday, June 16, 2016

hidup


kita tidak hidup kerana pujian..

dan kita tidak mati kerana cacian..

tapi kita hidup untuk mencari redha Allah..

Wednesday, June 15, 2016

apa itu ikhlas ?


ikhlas itu seperti surah Al-Ikhlas..

yang tidak ada kata ikhlas di dalam nya..

selama ikhlas masih terungkap..

itu bererti belum ikhlas..

kerana mereka yang ikhlas..

sentiasa berbuat sesuatu..

tanpa menyebut keikhlasannya..

Tuesday, June 14, 2016

kita tidak selalu betul


meletakkan kesalahan kepada orang lain

atau mengira kesalahan orang lain

memang mudah..

TETAPI

amat sukar untuk kita mengaku atau mengira

kesalahan sendiri..

kita tidak sentiasa betul..

dan orang lain tidak sentiasa salah..

jika kita terlalu kerap menyalahkan

kita mesti bersedia untuk disalahkan..

KERANA

jika kita selalu mencari kesalahan orang lain

orang lain juga akan sentiasa mencari kesalahan kita..