Monday, May 9, 2016

adik beradik

mungkin ada perangai abang kita yang kita benci..

mungkin ada cara akak yang kita meluat..

mungkin ada sikap adik yang kita tak suka..

tapi mereka darah daging kita..

kita bersatu dalam darah, daging dan urat..

mak dan abah tak pernah didik

agar kita bergaduh adik beradik..

mak dan abah tak pernah suruh

kita adik beradik sampai bermusuh..

sampai kiamat ikatan itu

tak boleh ditebus..

air dicincang tidak akan putus..

nanti Allah akan tanya kita..

apakah tanggungjawab kita

dengan kerabat saudara..

busuk atau buruk sekalipun dia..

tetap dia adik beradik kita..

bersihkanlah hati kita itu..

doakan mereka berubah laku..

jangan dibenci jangan dibuang..

hanya kerana hati tak sayang..

No comments: