Thursday, April 7, 2016

Simbolik Salam

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini saya sering dikejutkan dengan berita kehilangan ahli keluarga terdekat, sanak saudara, jiran tetangga, kawan-kawan dan bukan kawan, kemalangan dan banyak lagi musibah yang menimpa.. Seolah-olah mengkhabarkan bahawa dunia pinjaman sementara ni semakin ke penghujungnya.. Baiknya jika niat perjalanan mereka itu untuk mencari rezeki bagi memenuhi keperluan keluarga dan begitulah sebaliknya..

Apabila suami atau isteri atau anak-anak bersalaman ketika berpisah untuk sama-sama mencari rezeki., simbolik bersalam itu amat besar maknanya sebenarnya..

"Ya Allah! Ya Rabb! Ya Rahman! Ya Rahim! kau peliharalah suamiku / isteriku / anak-anakku yang soleh solehah ini dari segala bentuk perkara yang tidak baik dan aku redha beliau mencari rezeki untuk kami sekeluarga.. Kuatkanlah iman kami semua dan jadikan kami dalam golongan yang bersyukur atas segala nikmatMu!"

Adakala ada suami isteri anak-anak yang mengambil masa yang agak lama bersalaman dan memeluk pasangan dan ahli keluarga masing-masing seolah-olah itu adalah pertemuan yang terakhir mereka.. Malaikat menjadikan pasangan dan keluarga ini keutamaan untuk membawakan doa-doa mereka dan dipersembahkan kepada Allah s.w.t.

Sayangilah dan hargailah pasangan dan keluarga kita sepertimana diciptakan Adam dan Hawa di awal kehidupan dahulu..




No comments: