Tuesday, May 31, 2016
masa berlalu
kadang-kadang rasa macam pelik..
hari berganti hari..
minggu berganti minggu..
bulan berganti bulah..
tahun berganti tahun..
namun tiada apa yang kita rasakan berubah..
masih orang yang sama..
tapi bila kita toleh ke belakang..
semuanya dah berbeza..
promise
Monday, May 30, 2016
silaturrahim
takut pulak aku bila ada ustaz ni cakap..
orang yang memutuskan silaturrahim doa dia takkan di makbulkan..
perlu ke aku contact balik ex aku yang dulu dan sambungkan balik ikatan silaturrahim tersebut..
dan seterusnya berbahagia hingga ke.. ehh.. berangan ke mimpi di siang hari ni..
perception (ii)
dewasa ini kita hidup di zaman yang mana
jubah melambangkan keimanan seseorang..
dan menilai seseorang hanya dari luaran..
walaupun dalam hati berkata tak kisah siapa dia..
tapi hakikat luaran juga yang dia perhati..
mungkin kita alpa dan leka..
Abu Jahal dan Abu Lahab juga berjubah..
don't talk about me until you have talked to me..
gift
the greatest gift you can give someone..
your time..
your attention..
your love..
your concern..
your presence..
even when you are unable to be around..
they feel it..
Saturday, May 28, 2016
pemerhati
ada ketika bila kita berbalah satu pihak inginkan masa untuk berbicara..
sedang satu pihak lagi memilih untuk berdiam..
pendiam ni takde la bermaksud dia lemah..
dia cuma melihat dan memerhati drama sekeliling..
dan memilih untuk taknak sakitkan hati sesiapa..
time heal nothing.. unless you move along with it..
Friday, May 27, 2016
ibadah
Jangan beribadah kepada Allah swt kerana inginkan ganjaran keduniaan
seperti solat dhuha untuk kaya dunia,
baca surah al-Waqiah untuk bisnes maju,
tahajjud untuk laris produk, jemput rezeki dan sebagainya.
Sebenarnya itulah satu bentuk tipudaya Iblis,
sehingga matlamat dunia menjadi utama, akhirat menjadi kedua.
seperti solat dhuha untuk kaya dunia,
baca surah al-Waqiah untuk bisnes maju,
tahajjud untuk laris produk, jemput rezeki dan sebagainya.
Sebenarnya itulah satu bentuk tipudaya Iblis,
sehingga matlamat dunia menjadi utama, akhirat menjadi kedua.
Justeru, beribadahlah kepada Allah swt agar diredhaiNya dan diberikan KAYA JIWA,
kerana mereka yang diredhaiNya akan dicukupkan.
Anggaplah pemberian dan ganjaran Allah jika dinikmati didunia itu adalah kejutan dan matlamat
'secondary' sahaja. Bukan yang utama dalam fikiran dan niat.
kerana mereka yang diredhaiNya akan dicukupkan.
Anggaplah pemberian dan ganjaran Allah jika dinikmati didunia itu adalah kejutan dan matlamat
'secondary' sahaja. Bukan yang utama dalam fikiran dan niat.
#DrZaharuddinAbdRahman
-Muhasabah Diri-
Thursday, May 26, 2016
kucing
teringat pagi tadi keluar rumah tiba-tiba kucing menerpa menggesel kat kaki..
masuk la balik dalam rumah cari whiskas..
tapi dia takmau gak..
nak jugak tulang ikan or ayam..
sebaik ada baki ikan semalam..kadang-kadang Allah hantar kucing ni untuk uji kita..
dia tak mintak pun ayam goreng..
takde lak dia mintak pinggan kaca..
air basuh tangan pun tak mintak..
teh ais lagi la dia tak mintak..
tisu lap mulut pun dia tak mintak..
dia cuma nak lebihan sisa makanan malam tadi je..
tulang ikan ke ayam ke dia tak kisah..
dan yang di uji tu bukan dia.. tapi kita..
start
start now..
start where you are..
start with fear..
start with pain..
start with doubt..
start with hand shaking..
start with the voice trembling but start..
start and don't stop..
start where you are.. with what you have..
just.. start..
sindrom keputihan whatsapp ios
semalam kebanyakan Apple user dikejutkan dengan sindrom keputihan pada whatsapp mereka..
ada yang panic sebab tiba-tiba tak dapat berkomunikasi seperti hari-hari yang berlalu..
ada yang kehilangan punca pendapatan sebab tak dapat nak respond customers..
ada yang kebosanan sebab tak dapat nak gosip dengan group kawan-kawan..
ada yang kecewa kehilangan conversation yang bertahun disimpan kiranya..
ada yang kena reset kebanyakan setting..
macam-macam reaksi ada..
anyway macam mana pun semua tu ada jalan keluar..
bila sampai masa nya nanti ayat quran mula di tarik dan helaian menjadi kertas putih..
macam mana lah agak nya reaksi kita kan..
kerna mungkin waktu itu masa kita lebih banyak pada henfon berbanding helaian putih itu..
mungkin waktu itu juga adalah hari ini.. siapa tahu ?
Wednesday, May 25, 2016
perception
anak-anak kecil ni macam sponge..dia absorb je apa-apa yang berada di sekeliling dia..
kalau kita ajar yang baik jadilah dia baik.. dan sebaliknya..
jadi betulkan persepsi dan latih minda
untuk bersangka baik dan berbuat baik..
kalau pun tak mampu.. cukup la berkata yang baik-baik..
sekurang-kurang nya terhindar dari kata-kata yang tak baik..
takda satu pun makhluk yang diciptakan di dunia ni sia-sia..
yang tu pasti..
jadi janganlah sia-sia kan sesiapa pun..
terutamanya diri sendiri..
you are greater than what you are expecting..
Tuesday, May 24, 2016
time
Subscribe to:
Posts (Atom)


