Wednesday, March 25, 2009

Memilih Pasangan Soleh


- Ustadz Md. Bin Md. Ishak
Masjid Alkaff Kampung Melayu,
22 Rejab 1420H, 1 November 1999

Dalam memilih ataupun mencari pasangan yang soleh, kita harus menimbangkan beberapa aspek-aspek dalam diri kita. Terutamanya daya dan cara pemikiran, peraturan hidup dan matlamat yang jelas kerana dengan menimbangkan perkara-perkara sebegini ia akan dapat meringankan dan menjadikan komunikasi diantaranya bersependapat dan sesuai.

Terlebih dahulu, kita seharusnya juga bermuhasabah diri. Iaitu melihat dahulu kebolehan amalan dan pemikiran kita sendiri. Allah (swt) telah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik”. Disini Allah (swt) telah menjanjikan kita kebaikan dan kebahagiaan untuk sesama sendiri.

Ada diantara soalan yang diajukan seperti, yang mana satukah harus diutamakan diantara kelahiran cinta ataupun memandangkan ciri-ciri solehnya? Jika mengikut hati manusia, apabila jatuh cinta semuanya indah belaka… dikatakan “love is blind”… namun yang harus dipertimbangkan adalah sifat-sifat ciri kewanitaan… iaitu ciri-ciri wanita solehah.

Antara dasar-dasar/ciri-ciri wanita solehah ialah:

Ø Dari keturunan yang baik

dari penyelidikan sains, wanita yang dari keturunan yang baik dapat melahiran zuriat yang baik-baik belaka

dari keturunan yang baik, wanita itu akan berpesonaliti dan berkelakuan yang baik-baik

dari pandangan umum, keluarga yang baik bergaul dengan orang-orang yang baik

kawasan yang baik juga memainkan peranan kepada wanita itu, kerana ia membentuk cara pemikiran dan cara kehidupan wanita itu

Ø Cinta kepada agama

mempunyai sifat taqwa

mempunyai sifat sayangkan agama

sifat tidak kuat berbelanja, wanita yang tidak kuat belanja sayang kepada agamanya. Wanita yang sifat kuat berbelanja hanya sayang kepada dunia dan tidak pada akhirat

Ø Sayang kepada anak kecil

perasaan sayang kepada anak kecil memaparkan sifat jiwa yang lemah lembut

memaparkan kelembutan dan keprihatinan mendidik dan membesarkan anak dengan sempurna

dengan kelembutan wanita itu ia dapat menjaga dengan baik benih yang tertanam didalam dirinya

Ø Pandai menjaga amanah/maruah suami

wanita yang amanah boleh menjaga hak harta suaminya. Dari segi harta kekayaan mahupun diri sendiri ketika ketiadaan suaminya itu

memaparkan isteri yang taat kepada suami dan perintah agama

Ø Wajah yang tenteram

wajah yang menyejukkan hati seorang suami

perasaan sayang dan kasih diseri mukanya

Ø Wanita yang sihat fizikal

wanita itu dapat memberikan zuriat yang banyak, hadith yang bermaksud “kahwinilah wanita wanita yang boleh melahirkan anak ramai dan yang bersifat manja dan yang sering berusaha untuk mencari kasih sayang suaminya”

ada hadith yang menyatakan “…sesungguhnya Allah (swt) menjadikan sesuatu yang cantik maka pilihlah untukmu yang cantik dari pandangan matamu sendiri…”

Ø Digalakkan menikahi anak dara

nabi menggalakkan bernikah dengan anak dara melainkan ada sebab-sebab yang tertentu seperti menikahi seorang janda kerana hendak membantunya dan sebagainya


Dasar ataupun ciri lelaki soleh:

Ø Bersifat taqwa

Ø Berpegang kuat dan cinta kepada agama

hormat kepada agama dan hindari larangannya

Ø Punyai akhlak yang baik

akhlak yang baik menunjukkan dia datang dari keluarga dan pergaulan yang baik

Sebaik-baiknya, carilah pasangan yang khufuk (setaraf) denganmu mahupun dari segi akal fikiran, fizikal, kebiasaan, keluarga, minat dan keturunan kerana itulah yang digalakkan dalam Islam.

[Petikan hadith-hadith dari Al-Bukhari dan Muslim dan Siti Aisya (ra)]

1. “Diantara wanita cantik dan wanita tidak cantik tapi beragama kuat… pilihlah yang beragama kuat kerana ia amatlah penting bagi kamu berdua…”

2. “Wanita yang mengembirakan, taat, berbuat baik dan bila ditinggalkan suami akan menjaga hak suami dan bersikap amanah adalah wanita solehah…”

3. “Wanita yang lembut hati dan jiwanya dan cinta kepada anak kecil dan agama akan memelihara dan melakukan perintah suaminya dengan kelembutan…”

4. “Wanita yang manja dan yang ramai beranak pinak dicintai oleh Allah (swt), kerana ia adalah satu kelakuan jihad (melahirkan anak) baginya…”

5. “Amat penting bagi ibu/bapa memilih untuk anaknya pasangan yang baik”

6. “Kahwinkanlah anakmu dengan lelaki yang cinta dan taat kepada agama Allah (swt) kerana sekiranya dia tidak menyintai anakmu dia tidak akan berani menganiaya anakmu oleh kerana kewajipan dan ketaatannya kepada agama…”

« Fakta yang diketengahkan berasas dari rujukan buku Fiqhul Sunnah.

Ceramah “Memilih Pasangan Soleh”
Oleh Ust Md bin Md Ishak
Masjid Alkaff Kampung Melayu
22 Rejab 1420H, 1 November 1999.

Nota: Hadith-hadith yang dipetik bukanlah dari kata dasarnya, hanya dari pemahaman makna hadithnya.

Allahu'alam.

Friday, February 13, 2009

Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Friday, February 6, 2009

Peringatan Buat Diriku Yang Sering Lupa

Cuba kita fikirkan sejenak dan insafilah siapa kita


MUTIARA MINDA


Teringat pesan ayahanda...

"sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas?

Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa

usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..."

Subhanallah, betapa alpa nya kami...

sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...


Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam????

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara.

Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.

Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian.

Dalam kita mengejar kejayaan dunia,

kita sering lupa bahawa tujuan hidup

kita yang sebenar..


apakah pilihan kita?

Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih

ihsan dan kasih sayang Allah.

Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah,

bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala

murtad... Fitnah..

gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi.


Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita.

Adakah kita benar-benar menginsafinya.

Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????

Maka,adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di

Universiti dapat membawa kita ke Syurga?

Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan

ikhtiar anda sendiri.

Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ...

walhal semuanya adalah kurnia Allah.

Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah.

Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak

bersyukur.


Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah

walau sedetik sekalipun.

Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran

airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit.

Tetapi, mengapa kita masih leka buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang

berselawat kepada Rasulullah...


Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai

manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia...

Mengapa kita masih mendedahkan aurat.

Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.

Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah

dan Tasauf...

Dapat kah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu

tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya,

jauh dari mengamalkannya.

Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya

memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal

memperhebatkan pertahanan diri.


Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada

mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh

menyebabkan dosa.

Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang

boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian?

Adakah kita seorang Islam.

Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.

Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk

menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.


Kita pergi kuliah, pergi kerja

** kita yakin kita telah menutup aurat?

Kita solat ...

** kita yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan ...

** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?

Kita minum ...

** kita yakin di akhirat kelak kita

akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ..

** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,STPM,Matrix, A++, ...

** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa

** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?

Kita sihat ..

** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ..

** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?


Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari

sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih

mampu tersenyum dan tertawa.

Bersedialah menempuh hari selepas kematian,

bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum

Allah menutup pintu rahmatnya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang

PASTI......!!!!

Siapa kita....???? Wallahu'alam

Monday, February 2, 2009

HATI DAN PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.


Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka....

Tuesday, January 27, 2009

Keampunan

Bersyukurlah kita kepada
Allah yang Maha Pengasih
Dan Penyayang
Yang menjadikan kita
Dengan segala rahmatnya

Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Hidup di dunia
Banyak pancaroba
Mujahadah kerana-Nya

Oh... Tuhan Yang Kuasa
Kau ampunilah hambamu ini
Betapa beratnya dosaku
Yang masih belum
Bertaubat pada-Mu
Ampunilah dosa-dosaku
Oh Tuhan

Mahligai Kasih

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kitakan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

'Kasih kuharapkan cinta kita kan terus kekal hingga ke syurga'

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahagia

Hanya Tuhan Yang Tahu

Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih

Keboringan Melanda..

if ur ex ask u dis..

Hi how are ya?
- fine without u
2. Hey! You wanna go to the mall?!
- xpyh lar.. tp klu awk nk belikn sy ipod ok gak…
3. I LOVE U..
- yeah.. sure, you love everybody rite??
4. Do u want some cookies?
- nope.. i'm gettin toothache
5.Can you take my picture?
- amek la sendiri..
6.Help me with my homework!
- why should i? awk kn pandai…
7. Here’s my gift to you…
- bak sini.. rezeki jgn di tolak..
8. Let’s just be textmates
- lets be nothing..
9. Do you want me to buy you an ipod?
- yeay! NAK SGT!!
10.Let’s sit together in the bus
- i got a car already
11. Hi baby
- hi buddy
12. Your still cute!
- yea, i know that
13.I still LOVE you!
- u must be jokin’…
14.Can I visit your house?
- xperlu menyusahkn diri
15.Do you love me?
-citer lme xperlu di ungkit semula..

Monday, January 26, 2009

Hukum


Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

Kenapa kita tidak membantu..?


assalamualaikun.

sebagai seorang muslim., kita sedar akan tanggungjawab kita..

sebagaimana yang kita ketahui, palestin sedang teruk di jajah oleh yahudi laknatullah..

akan tetapi apa fungsi kita sebagai muslim..? ataupun muslim sekadar pada nama..?

boikot..? rasionalkah kita melakukannya..? wajarkah..?

benar., boikot amat berkesan dalam menyekat ekonomi amerika, seteru yahudi.. namun, import malaysia dari amerika begitu signifikan dan memberikan kesan terhadap pekerja yang bekerja dalam syarikat yang berhubung kait dengan trading amerika..

wajarkah ia..? terpulang pada tiap individu..

mungkin kita mampu melakukannya, namun bagi sesetengah pihak ianya merupakan suatu yang amat sukar umtuk dilaksanakan..

lihat saja KFC, McD di shopping complex kita, tidak pernah lengang dek pengunjung2 merata malaysia..

kenapa tidak pengusaha KFC, McD tersebut mengambil inisiatif seraya melaksanakan CSR nya dengan menyumbangkan 1%-5% daripada sales nya untuk Palestin yang kian terseksa..? sekiranya syarikat2 seperti itu boleh meletakkan service tax 5%., kenapa tidak boleh diagihkan sedikit sebagai sumbangan..?

selesakah kita sebagai seorang yang kaya tetapi berat hati untuk menyumbang kepada agama..? tenangkah kehidupan kita..? atau kita merasakan sekiranya kita menyumbang RM5, maka kita merasakan amat sukar sekali untuk memperoleh pulangan RM5 itu kemudian hari..?

renungkanlah...

http://Lev87.blogpsot.com

TeMaN

Mlm dingin,
embun salju
bintang harapan
hala utk kutuju
suatu impian
suatu khayalan
tersentak dgn teriakan
memanggil penuh harapan
mengapa aku hanya membiarkan?
adakah aku
sudah cukup sempurna?
sempurna utk mengatasi segalanya
bersama insan tersayang
adakah semuanya pasti?
atau sekadar bayangan naluri?
mengapa ini terjadi?
pd insan yg x mengerti
erti persahabatan yg....
sejati
atau perasaan hatiku?
yg semakin gersang dgn
kasih syg...
disisih kini...
tapi keyakinanku
pd diri sendiri
membuatkanku semakin bersemangat
untuk
meneruskan perjuangan ini kerana
aku tetap aku!!!
itu inspirasiku
walau..
kau kuterima
walau..
kau kujadikan
teman sejati
kerna aku tahu
kesudahan yg pasti
aku tak mungkin
memilikimu.........
walau
aku menyayangimu
walau
kau mengharapkanku
namun.,
akan ku cuba
utk membahagiakanmu
walau sementara
sehingga kau,
mengetahui dgn sendiri
hakikat yg sebenar...
akan kugarap segala memori
kusimpul kukuh
utk kujadikan
peneman mimpi² indahku..

Saturday, January 24, 2009

Luqman al-Hakim

Luqman al-Hakim seorang yang terkenal dengan kata-kata hikmah sehingga mendapat perhatian setiap lapisan golongan masyarakat. Antara kata-kata hikmah beliau ialah:

# Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

# Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.

# Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

# Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

# Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

# Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

# Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

# Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

# Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

# Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

# Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

# Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

# Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

# Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

# Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

Aku hairan


Aku hairan adakah kita lupa hakikat diri sebagai hamba?
Apakah kita lupa kebenaran hakiki bahwa kita adalah pendosa?
Lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari ?

Aku hairan bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid.
Tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih?
Bila ummat seiman dengannya dibunuh dan diseksa ?

Aku hairan apakah hilang rasional kita?
Bergaduh tentang pangkat,jawatan dan pilihanraya
Sedang ummat ini masih lagi hanyut dan sesat
Dan anak muda gembira dan menari riang dengan syaitan

Aku hairan kenapakah orang-orang tua itu lebih suka berbincang
Dan berkata-kata kononnya atas dasar cendekiawan dan ketinggian ilmu pengetahuan
Demi dasar demokrasi junjungan perihal generasi masa hadapan
Tetapi,anak muda tetap menari dengan rentak hidup mereka sendiri
Adakah Islam itu tertegak dengan kata-kata ?

Aku hairan kubur mereka sudah dekat menanti
Harta bertimbun tak pernah lupa dicari
Tidak pula mengambil kisah tatkala mencuri merompak harta rakyat sendiri.

Aku hairan
ada mereka kata pejuang Islam sejati
Tetapi ummat seiman dengan mereka kafir digelari.
Berjalan bangga kononnya menteri.

Aku hairan
anak muda dengan hidup mereka sendiri
Berpimpin tangan,berpeluk dan bersenda menari
Tarian dengan lenggok sendiri
Adakah lupa pada ketinggian harga diri ?

Aku hairan
islam dianggap asing pada ummatnya sendiri
Lalu mereka kata inilah yang hakiki
Itulah yang benar dan kamulah yang salah.
Tidakkah sedar kita ini pendakwah
Bukan hakim menjatuhkan silap dan salah.

Aku hairan
bilamana kata-kata yang benar dibuang jauh
Pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh
Adakah ini ummat masa kini ?

Aku hairan ada yang berkopiah dan berserban pula,
Yang berkot dan bertali leher juga
Lambang cendekiawan moden bijak berkata
Maka kenapa hukum Allah ditolak tepi semudahnya ?
Aku hairan pada ummat ini, pada alam ini, pada diriku sendiri. . .

Aku hairan..
*Artikel dipetik dari cetusanminda.wordpress.com

Adakah kau lupa



Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah