Sunday, August 28, 2011

Ramadhan to Syawal

Setelah sebulan berpuasa, tibalah masanya syawal menjelma. Orang ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Ada yang mengharapkan untuk bertemu insan yang telah lama tidak disapa, ada juga yang pulang sekadar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan yang bergelar anak. Namun walau apa pun niat kita, biarlah Aidilfitri ini dijadikan sebagai satu platform untuk kita bersama-sama mengeratkan lagi silaturrahim antara kita, mendekatkan yang jauh, mengeratkan yang longgar dan mengukhwahkan yang berkelahi.

Kita secara zahirnya adalah insan yang lemah, yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan. Walaupun begitu, kita punya peluang untuk mengubah diri kita samada ke arah yang lebih baik mahupun sebaliknya. Harapnya biarlah ianya ke arah kebaikan agar mendapat keredhaan Ilahi.

Hari yang berlalu kan tetap berlalu. Begitulah juga ibaratnya masa yang tidak akan kembali. Oleh itu, biarlah tarbiah ramadhan menjadi pendidik bagi diri kita untuk kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan, bukan hanya di bulan Ramadhan, tetapi di bulan-bulan seterusnya. Sekiranya kita gagal dan kembali kepada kemungkaran, maka jelaskan ujian Ramadhan kita telah menunjukkan result "gagal".

Oleh itu, demi beramal maka perjuanganlah jalannya. Salam kemaafan kuhulurkan atas kekhilafan sepanjang pertemuan. Salam Aidilfitri.

Thursday, August 18, 2011

Know your talent!

Setelah sekian lama tak update blog ini, terasa macam banyak sangat ketinggalan. Terlalu banyak perkara yang terlepas dari pandangan. Even sometimes I feel like I lost my own self. Disentap oleh kesibukan duniawi.

Kadang-kadang kita tak tahu setakat mana keupayaan kita, kadang-kadang kita menghadkan kekupayaan kita, kadang-kadang kita sedar kita mampu tetapi kita tidak tahu haluan yang ingin dituju. Oleh itu mencari medium yang terbaik untuk menonjolkan keupayaan diri itu amatlah penting bagi diri kita untuk kita terus maju dan terkehadapan.

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf zahir dan batin sempena dengan aidilfitri yang bakal menjelang tiba.