Wahai Tuhanku Yang Esa,
bila kenangkan Kahhar-Mu,
rasa gerun dihatiku kerana takutkan seksa-Mu,
hamba-Mu rasa berputus asa,
siapakah dapat bersihkan diri?
dari segala dosa yang memburu,
setiap hari setiap ketika.
Tika kenangkan Ghaffar-Mu,
putus asa tiada lagi,
semangatku pulih semula,
harapanku subur kembali,
ujian menimpa menekan di jiwa,
tak sanggup meneruskan perjuanganku,
mehnah-Mu itu penghapus dosaku,
mengganti hukuman-Mu di akhirat.
Di waktu mengenang Rahmat-Mu,
terasa diri kurang bersyukur,
pada-Mu harus ku bermohon,
moga syukur bertambah,
alangkah susahnya mendidik nafsuku,
yang tidak dapat melihat kebenaran-Mu,
bantulah hamba-Mu dalam mendidik jiwaku ini.
Wahai Tuhanku Yang Esa,
bila kenangkan Kahhar-Mu,
rasa gerun dihatiku kerana takutkan seksa-Mu,
hamba-Mu rasa berputus asa,
siapakah dapat bersihkan diri?
dari segala dosa yang memburu,
setiap hari setiap ketika..
No comments:
Post a Comment