
Akan ku selesaikan semuanya dengan akal fikiran..
Tapi...
Andai aku tahu diari seumur hidupku..
Terlalu mudah perjalanan yang akan dituju...
Maka bersiaplah akan hari mendatang...
Dengan cubaan dan rintangan..
Kerana hidup....
Umpama perlumbaan...
PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."
Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.
Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.
Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.
Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.
Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.
Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.
Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.
Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:
"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."
Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:
Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah. Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya. |

Beritahu pada perempuan itu,
Dirinya ibara kaca,
Disentuh terguris,
Dihantuk serpih…
Beriahu pada perempuan itu,
Jaga tutur kata,
Cakap tinggi nanti dibenci,
Terlalu merendah dipijak pula,
Berhati-hati meluah kata,
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa,
Terlajak perahu boleh di undur,
Terlajak kata buruk padahnya…
Beritahu pada perempuan itu,
Jaga pakaian, ia cermin peribadi,
Di mana dan dalam keadaan apa,
Biarlah orang kenal kita orang Melayu…
Beritahu pada perempuan itu,
Jagalah maruah,
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
Sekali tersilap langkah,
Akan di cerca selamanya,
Keturunan di hina tak sudah,
Menyesal kemudian bukan faedah…
Beritahu pada perempuan itu,
Simpan secebis malu,
Kerana malu itu sebahagian daripada iman…
No one loves you more than your Beautiful Creator
Created you with love, wanting to See you smile
Ready to share your pain
Helping you go further
You take a steps towards Him
He'll run to you a mile
You give Him a share of love
He will give you more
If you're trapped in darkness
He'll shower you with light
No one understands you more than your Glorious Lord
When no one wants to listen
He will listen to you
When no one wants to know
He will be your Friend
Don't ever think you're alone
He is always with you
Don't ever be afraid
He will give you sustenance
The Beauty of His Mercy and Compassion Bestowed upon you
Is a part of all His signs to show His Love for you
Who will then reject His love?
Reject His championship?
Truly they will be unsuccessful in this world and in the Hereafter
Don't throw away the benevolence of His Love
Don't leave the only True Friend you have
Because Allah Loves you more than anybody does.
- Ustadz Md. Bin Md. Ishak
Masjid Alkaff Kampung Melayu,
22 Rejab 1420H, 1 November 1999
Dalam memilih ataupun mencari pasangan yang soleh, kita harus menimbangkan beberapa aspek-aspek dalam diri kita. Terutamanya daya dan cara pemikiran, peraturan hidup dan matlamat yang jelas kerana dengan menimbangkan perkara-perkara sebegini ia akan dapat meringankan dan menjadikan komunikasi diantaranya bersependapat dan sesuai.
Terlebih dahulu, kita seharusnya juga bermuhasabah diri. Iaitu melihat dahulu kebolehan amalan dan pemikiran kita sendiri. Allah (swt) telah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik”. Disini Allah (swt) telah menjanjikan kita kebaikan dan kebahagiaan untuk sesama sendiri.
Ada diantara soalan yang diajukan seperti, yang mana satukah harus diutamakan diantara kelahiran cinta ataupun memandangkan ciri-ciri solehnya? Jika mengikut hati manusia, apabila jatuh cinta semuanya indah belaka… dikatakan “love is blind”… namun yang harus dipertimbangkan adalah sifat-sifat ciri kewanitaan… iaitu ciri-ciri wanita solehah.
Antara dasar-dasar/ciri-ciri wanita solehah ialah:
Ø Dari keturunan yang baik
¶ dari penyelidikan sains, wanita yang dari keturunan yang baik dapat melahiran zuriat yang baik-baik belaka
¶ dari keturunan yang baik, wanita itu akan berpesonaliti dan berkelakuan yang baik-baik
¶ dari pandangan umum, keluarga yang baik bergaul dengan orang-orang yang baik
¶ kawasan yang baik juga memainkan peranan kepada wanita itu, kerana ia membentuk cara pemikiran dan cara kehidupan wanita itu
Ø Cinta kepada agama
¶ mempunyai sifat taqwa
¶ mempunyai sifat sayangkan agama
¶ sifat tidak kuat berbelanja, wanita yang tidak kuat belanja sayang kepada agamanya. Wanita yang sifat kuat berbelanja hanya sayang kepada dunia dan tidak pada akhirat
Ø Sayang kepada anak kecil
¶ perasaan sayang kepada anak kecil memaparkan sifat jiwa yang lemah lembut
¶ memaparkan kelembutan dan keprihatinan mendidik dan membesarkan anak dengan sempurna
¶ dengan kelembutan wanita itu ia dapat menjaga dengan baik benih yang tertanam didalam dirinya
Ø Pandai menjaga amanah/maruah suami
¶ wanita yang amanah boleh menjaga hak harta suaminya. Dari segi harta kekayaan mahupun diri sendiri ketika ketiadaan suaminya itu
¶ memaparkan isteri yang taat kepada suami dan perintah agama
Ø Wajah yang tenteram
¶ wajah yang menyejukkan hati seorang suami
¶ perasaan sayang dan kasih diseri mukanya
Ø Wanita yang sihat fizikal
¶ wanita itu dapat memberikan zuriat yang banyak, hadith yang bermaksud “kahwinilah wanita wanita yang boleh melahirkan anak ramai dan yang bersifat manja dan yang sering berusaha untuk mencari kasih sayang suaminya”
¶ ada hadith yang menyatakan “…sesungguhnya Allah (swt) menjadikan sesuatu yang cantik maka pilihlah untukmu yang cantik dari pandangan matamu sendiri…”
Ø Digalakkan menikahi anak dara
¶ nabi menggalakkan bernikah dengan anak dara melainkan ada sebab-sebab yang tertentu seperti menikahi seorang janda kerana hendak membantunya dan sebagainya
Dasar ataupun ciri lelaki soleh:
Ø Bersifat taqwa
Ø Berpegang kuat dan cinta kepada agama
¶ hormat kepada agama dan hindari larangannya
Ø Punyai akhlak yang baik
¶ akhlak yang baik menunjukkan dia datang dari keluarga dan pergaulan yang baik
Sebaik-baiknya, carilah pasangan yang khufuk (setaraf) denganmu mahupun dari segi akal fikiran, fizikal, kebiasaan, keluarga, minat dan keturunan kerana itulah yang digalakkan dalam Islam.
[Petikan hadith-hadith dari Al-Bukhari dan Muslim dan Siti Aisya (ra)]
1. “Diantara wanita cantik dan wanita tidak cantik tapi beragama kuat… pilihlah yang beragama kuat kerana ia amatlah penting bagi kamu berdua…”
2. “Wanita yang mengembirakan, taat, berbuat baik dan bila ditinggalkan suami akan menjaga hak suami dan bersikap amanah adalah wanita solehah…”
3. “Wanita yang lembut hati dan jiwanya dan cinta kepada anak kecil dan agama akan memelihara dan melakukan perintah suaminya dengan kelembutan…”
4. “Wanita yang manja dan yang ramai beranak pinak dicintai oleh Allah (swt), kerana ia adalah satu kelakuan jihad (melahirkan anak) baginya…”
5. “Amat penting bagi ibu/bapa memilih untuk anaknya pasangan yang baik”
6. “Kahwinkanlah anakmu dengan lelaki yang cinta dan taat kepada agama Allah (swt) kerana sekiranya dia tidak menyintai anakmu dia tidak akan berani menganiaya anakmu oleh kerana kewajipan dan ketaatannya kepada agama…”
« Fakta yang diketengahkan berasas dari rujukan buku Fiqhul Sunnah.
Ceramah “Memilih Pasangan Soleh”
Oleh Ust Md bin Md Ishak
Masjid Alkaff Kampung Melayu
22 Rejab 1420H, 1 November 1999.
Nota: Hadith-hadith yang dipetik bukanlah dari kata dasarnya, hanya dari pemahaman makna hadithnya.
Allahu'alam.