Wednesday, April 13, 2016

yang terbaik



dunia harini memperlihatkan seolah-olah..

semua orang mencari dan mengejar..

yang terbaik antara yang terbaik..

samada manusia, harta benda..

perlakuan dan bermacam hal lagi..

sedangkan apa yang kita rasa baik..

belum pastinya baik untuk kita..

adakala yang terbaik untuk kita..

bukanlah yang baik untuk orang lain..

dan yang nampak baik untuk orang lain..

belum pastinya baik untuk kita..

apa pun..

kalau dia tak baik..

didiklah dia sampai jadi baik..

bukannya tinggalkan dia..

dan cari yang lebih baik..


To Know Him


Tuesday, April 12, 2016

terima kasih


sekadar ingin ucapkan..

terima kasih..

kepada semua yang..

pernah datang..

pernah pergi..

pernah datang, pergi dan datang balik..

pernah singgah..

dan yang masih ada di sini..

mampu

dua kategori mampu untuk berhutang beli rumah..

rumah yang mahal..

untuk yang mampu berhutang banyak..

rumah yang murah..

untuk yang mampu berhutang sikit..

dua-dua pun sama..

mampu berhutang..

berhutang itu tanda..

tidak mampu..

nikmat yang kau dustakan..

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat..
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah..

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan..
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha..

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian..
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya..

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna..
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada..

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung..
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung..

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..

Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini..

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya..

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi..

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain..

Mungkin aku tak tahu di mana rezekiku.. Tapi rezekiku tahu di mana diriku berada..

Dari lautan biru, bumi dan gunung.. Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku..

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku..

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja..

Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati..

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya..

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya..

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail..

Ikhtiar itu perbuatan.. Rezeki itu kejutan..

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak..

"Dari mana dan digunakan untuk apa..?"

Kerana rezeki hanyalah..

"hak pakai.." bukan "hak milik.."

Saturday, April 9, 2016

the most powerful about TIME is.. it CHANGES..

love for someone's heart..

not their things..

a good heart..

is bigger than anything..

don't pain for those who left you..

use pain to earn success..

that defines you..

and..

the best revenge ever..

is success..

Friday, April 8, 2016

bila hati berbicara

kita tak selalunya BETUL..

dan orang lain tak selamanya SALAH..

lebih baik KAJI diri kita dahulu..

sebelum nak SALAHKAN orang lain..

manalah tahu ada SALAH dan SILAP kita..

yang kita sendiri pun tak sedar..

kadang-kadang kita rasa kita BETUL..

tapi tanpa kita sedar kita pun ada buat SALAH..

betul betul bendul..

damparkan ke pantai itu..


biarpun ombak selalu menghempas pantai..

biarpun ombak selalu mendamparkan isi ada nya pada pantai..

walhal pantai mengerti akan lautan itu sentiasa bergelora..

namun ombak masih ingin bertemu pantai..

biarpun kemudiannya mereka terpisah..

aku pasti ombak kan membawa sedikit pasir ke lautan..

pasir itu kenangan antara kau dan aku..

Thursday, April 7, 2016

hakikat


hakikat cinta..

tidak dapat diungkapkan dengan lisan..

ianya adalah Zauq (perasaan batin)..

dan juga Wujdan (emosi yang halus)..

-Ibn Arabi-

mulakan bisnes..?


Kata guru bisnes RM2,000-00 adalah nilai terbaik untuk mulakan bisnes.. Boleh start dengan selesa dan kalau terbakar tangan masih boleh recover..

Akan ramai orang nasihat untuk "buat apa yang kau minat".. Tapi berapa ramai yang buat atas dasar minat akhirnya tak boleh pergi mana.. Kat sini pentingnya untuk validate, pastikan penerimaan bisnes kita.. Sebelum belanjakan RM2,000-00 tu dapatkan feedback dari orang ramai..

Apa benda validate tu..? "kalau saya buat penghantaran dadih ni ada tak yang berminat?", "kalau saya buat servis makanan terus ke rumah ada yang minat tak?".. Ukur potensi bisnes tu dari sambutan orang ramai..

Bila dah ada feedback dari prospek jangan terus nak beli stock banyak-banyak.. Beli sikit dulu.. Beli kat kedai untung sikit-sikit pun takpe.. Sebab sekarang masih fasa validate.. Bila dah mula bisnes.. Dah nampak jalan dan dah mula ada customer base baru beli borong.. Tak beli bohong..

Kisah Seorang Wanita Yang Dipoligami


Syaikh Said bin Musfir Al-Qahtani –hafidzahullah- seorang da’i terkenal di Saudi Arabia. Syaikh Said bercerita tentang seorang perempuan yang menelefon beliau sambil menangis.

‘Apa gerangan yang terjadi?’ Rupa-rupanya dia telah dimadukan. Bukan manisnya madu yang dirasai, tapi pahitnya hempedu. Kerana pahit tak tertahan lagi, air mata mengalir sendiri.

Syaikh bertanya kepadanya,
‘Apakah kamu lebih suka suamimu berzina dengan perempuan lain atau menikah dengannya?’

‘Menikah,’ jawabnya.

‘Bukankah kamu setiap hari sibuk mencuci, memasak, mengurus anak-anak dan mengatur rumah tangga?” ‘Ya.’

‘Apakah merupakan suatu kesalahan jika tugasmu itu dibahagi dengan saudari muslimahmu, sehingga engkau pada hari yang suamimu tidak berada bersamamu, kamu dapat berpuasa sunnah yang mungkin sudah lama kamu tinggalkan kerana mengurus suamimu, membaca Al-Quran yang banyak terhalang oleh pekerjaanmu, solat malam yang tak dapat kamu lakukan kerana bersama suamimu?”

Sebulan kemudian, telefon berbunyi. Ternyata wanita itu menelefon lagi. ’Apakah Syaikh masih ingat saya? Saya adalah perempuan yang menelefon Syaikh, yang mengadukan suaminya yang telah menikah lagi…’

‘Apakah yang telah terjadi?’ tanya Syaikh.

Perempuan itu berkata, ‘Saya ada satu permintaan.’

‘Apakah itu?’

‘Engkau nasihati para isteri agar menyuruh suami mereka menikah lagi!’. “Saya akhirnya mengetahui bahawa ta’addud (poligami) itu adalah baik untuk isteri pertama, kedua dan masyarakat pada umumnya.”

CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI


Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga.

Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku.

"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum.
"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum.

"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.
"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!

Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku.

"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde".
"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.

"Ok cikgu", dia jawab ringkas.

"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku

"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya.
"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku.

"Sendiri", jawabnya lagi.

Allahu

Mataku berkaca.

"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.

***********************************

Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko.

Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya.
Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.

Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.

Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali.

Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya.

Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.

Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya.
Ayahnya?

Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.

***********************************

"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.

"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.
"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.

Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.

"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".

Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"

"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.
"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.

"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah.

"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"

"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor.

"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.

"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.

"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.
Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".

Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?".

Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu...Empangan mata aku pecah!

"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!

"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!

***********************************

Wahai Anak.

Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?

Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah.

Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.

Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.

Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb.

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Allahuakabar...

Anak..

Kita ini biar miskin harta

Jangan miskin akhlak

Biar kurang pandai

Jangan kurang ajar

Biar terlebih adab

Jangan terlebih biadab.

Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa.

Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.

Simbolik Salam

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini saya sering dikejutkan dengan berita kehilangan ahli keluarga terdekat, sanak saudara, jiran tetangga, kawan-kawan dan bukan kawan, kemalangan dan banyak lagi musibah yang menimpa.. Seolah-olah mengkhabarkan bahawa dunia pinjaman sementara ni semakin ke penghujungnya.. Baiknya jika niat perjalanan mereka itu untuk mencari rezeki bagi memenuhi keperluan keluarga dan begitulah sebaliknya..

Apabila suami atau isteri atau anak-anak bersalaman ketika berpisah untuk sama-sama mencari rezeki., simbolik bersalam itu amat besar maknanya sebenarnya..

"Ya Allah! Ya Rabb! Ya Rahman! Ya Rahim! kau peliharalah suamiku / isteriku / anak-anakku yang soleh solehah ini dari segala bentuk perkara yang tidak baik dan aku redha beliau mencari rezeki untuk kami sekeluarga.. Kuatkanlah iman kami semua dan jadikan kami dalam golongan yang bersyukur atas segala nikmatMu!"

Adakala ada suami isteri anak-anak yang mengambil masa yang agak lama bersalaman dan memeluk pasangan dan ahli keluarga masing-masing seolah-olah itu adalah pertemuan yang terakhir mereka.. Malaikat menjadikan pasangan dan keluarga ini keutamaan untuk membawakan doa-doa mereka dan dipersembahkan kepada Allah s.w.t.

Sayangilah dan hargailah pasangan dan keluarga kita sepertimana diciptakan Adam dan Hawa di awal kehidupan dahulu..




Wednesday, April 6, 2016

cactus


loving someone..

who doesn't have feel the same way..

is like hugging a Cactus..

the tighter you hold on..

the more you hurts..

Tuesday, April 5, 2016

diam

aku diam..
bukan bererti aku..
TAKUT..

aku diam..
bukan bererti aku..
KALAH..

aku diam..
kerana aku..
LAPAR..