Tuesday, April 5, 2016

pilihan


aku beri kau pilihan untuk mencintaiku..

halalkan..

atau

tinggalkan..

kau pilih...

Monday, April 4, 2016

Dendam yang terindah

orang yang tidak menyukai kita dan membenci kita tanpa sebab

sedangkan kita tidak pernah mengganggu kehidupannya

adalah orang yang mengagumi kita dalam diam

tapi dia kecewa dan iri hati..

kerana dia tidak mampu menjadi seperti kita..

anggaplah dia sebagai peminat misteri kita

dan langkah terbaik adalah dengan

memaafkan dia.. kerana kemaafan itu

adalah dendam yang terindah..

Friday, April 1, 2016

trust

only trust someone who can see these three things in you..

the sorrow behind your smile..

the love behind your anger..

and the reason behind your silence..

Thursday, March 31, 2016

persangkaan

terkadang kita begitu yakin

pada benarnya prasangka kita..

hinggakan kita tak dapat

melihat kenyataan..

dan...

di saat hati kamu sudah dipenuhi dengan

kebencian dan persangkaan buruk terhadap seseorang..

maka sudah pasti..

cuma kesalahan dan keburukannya saja

yang terlihat oleh kamu..


Tuesday, March 29, 2016

immune

the saddest thing happen..

when you are no longer surprised..

when someone..

breaks your heart..

point of view

Perempuan : Bila aku diam., bermakna ada petir yang bersabung di dalam hatiku..

Lelaki : Bila aku sudah mula diam., bermakna aku tengah pokai..



Perempuan : Pretend to be okay sebab melayan perasaan.. Apa pun kau cakap dia akan jawab okay..

Lelaki : Pretend to be okay bila gi minum dengan member-member tapi semua kenyang kau sorang lapar.. So buat-buat kenyang jugak la..



Perempuan : All writer are sad..

Lelaki : All sad people write..

Monday, March 28, 2016

incomplete piece of puzzle

A woman dreams of a perfect husband..

A man dreams of a perfect wife..

But they dont realise that..

Allah create THEM to complete one another..

Friday, March 25, 2016

move on

move on..

senang je orang cakap..

cuba kau duduk kat tempat aku..

di saat kau masih memerlukan aku..

mesti rasa sangat tak best kan..

pulak tu nak move tak tau jalan mana nak lalu (refer image)

mau sesat jadi nya..

belum cerita jalan berliku penuh onak duri lagi..


indah itu subjektif


tiada apa yang lebih bermakna

bila menghargai sesuatu yang bererti dalam hidup..


biar buruk di mata orang

tapi indah di hati kita

kerana hanya kita sendiri saja yang memahami..


manusia tak sempurna

aku seorang manusia yang tak sempurna..

namun aku sangat bersyukur dengan kehidupanku..

lumrah manusia tak pernah lekang daripada kelebihan dan kekurangan..

orang yang menyukai aku.. syukur.. alhamdulillah..

tapi orang yang membenci aku.. itu hak dia..

orang yang suka tapi benci.. itu susah aku nak terangkan dengan kata-kata..

dipuji aku tak terbang. jatuh sakit lak nanti..

dihina tak pula aku tumbang rebah.. redha terima berserah..

setiap orang kena ada prinsip hidup..

buat masa ni aku tak nak fikirkan siapa yang membenci diri..

tapi aku terus berjuang untuk orang yang benar-benar ikhlas..

menyayangi diri ini..


Thursday, March 24, 2016

hairan

aku hairan..

bagaimana kata-kata yang benar di buang jauh..

pembawa kebenaran di anggap asing..

dan kebathilan di pegang teguh..

hairan..

tika dan saat ini

benda ni pasal perasaan.. perasaan aku.. aku nak bagitau.. walaupun sebenarnya kau tak akan tahu..

perasaan sayang.. sekarang ni aku nak bagitau.. aku sayang kau..

walau aku sendiri sebenarnya tak tahu.. apa perasaan kau pada aku sekarang ini..

tapi.. tu semua tolak tepi..

ya.. memang aku mengharap.. tapi bukan aku nak letakkan beban ni pada kau..

harapan ni.. hanya aku yang tahu..

kau tak perlu tahu..

sebab kalau kau tahu pun.. aku tak tahu apa yang kau akan buat..

sebab aku harap kalau kau tahu.. dapat kau penuhi harapan aku..

sebab tu aku taknak kau tahu.. takut-takut kau akan hancurkan harapan tu..

jadi.. biarlah ia terpendam.. asal tak hancur terurai..

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan to Syawal

Setelah sebulan berpuasa, tibalah masanya syawal menjelma. Orang ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Ada yang mengharapkan untuk bertemu insan yang telah lama tidak disapa, ada juga yang pulang sekadar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan yang bergelar anak. Namun walau apa pun niat kita, biarlah Aidilfitri ini dijadikan sebagai satu platform untuk kita bersama-sama mengeratkan lagi silaturrahim antara kita, mendekatkan yang jauh, mengeratkan yang longgar dan mengukhwahkan yang berkelahi.

Kita secara zahirnya adalah insan yang lemah, yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan. Walaupun begitu, kita punya peluang untuk mengubah diri kita samada ke arah yang lebih baik mahupun sebaliknya. Harapnya biarlah ianya ke arah kebaikan agar mendapat keredhaan Ilahi.

Hari yang berlalu kan tetap berlalu. Begitulah juga ibaratnya masa yang tidak akan kembali. Oleh itu, biarlah tarbiah ramadhan menjadi pendidik bagi diri kita untuk kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan, bukan hanya di bulan Ramadhan, tetapi di bulan-bulan seterusnya. Sekiranya kita gagal dan kembali kepada kemungkaran, maka jelaskan ujian Ramadhan kita telah menunjukkan result "gagal".

Oleh itu, demi beramal maka perjuanganlah jalannya. Salam kemaafan kuhulurkan atas kekhilafan sepanjang pertemuan. Salam Aidilfitri.

Thursday, August 18, 2011

Know your talent!

Setelah sekian lama tak update blog ini, terasa macam banyak sangat ketinggalan. Terlalu banyak perkara yang terlepas dari pandangan. Even sometimes I feel like I lost my own self. Disentap oleh kesibukan duniawi.

Kadang-kadang kita tak tahu setakat mana keupayaan kita, kadang-kadang kita menghadkan kekupayaan kita, kadang-kadang kita sedar kita mampu tetapi kita tidak tahu haluan yang ingin dituju. Oleh itu mencari medium yang terbaik untuk menonjolkan keupayaan diri itu amatlah penting bagi diri kita untuk kita terus maju dan terkehadapan.

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf zahir dan batin sempena dengan aidilfitri yang bakal menjelang tiba.