PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."
Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.
Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.
Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.
Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.
Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.
Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.
Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.
Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.
Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:
"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."
Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:
Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.
Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.
Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.
Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)
Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.
Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.
Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.
Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.
Beritahu pada perempuan itu, Dirinya ibara kaca, Disentuh terguris, Dihantuk serpih…
Beriahu pada perempuan itu, Jaga tutur kata, Cakap tinggi nanti dibenci, Terlalu merendah dipijak pula, Berhati-hati meluah kata, Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa, Terlajak perahu boleh di undur, Terlajak kata buruk padahnya…
Beritahu pada perempuan itu, Jaga pakaian, ia cermin peribadi, Di mana dan dalam keadaan apa, Biarlah orang kenal kita orang Melayu…
Beritahu pada perempuan itu, Jagalah maruah, Jangan meluru ikut telunjuk nafsu, Sekali tersilap langkah, Akan di cerca selamanya, Keturunan di hina tak sudah, Menyesal kemudian bukan faedah…
Beritahu pada perempuan itu, Simpan secebis malu, Kerana malu itu sebahagian daripada iman…
Senja ini
tidak seperti senja kelmarin
meski langitnya masih jingga
dan episod gelapnya pasti tiba
namun masih punya beza
Senja ini
di padang pasir kontang
terpukul butir-butir debu berselerakan
diterbangkan bayu lembah kontang
dan ribut pasir yang menggila
dengan bahang panas
yang mencengkam sanubari seorang pejuang
Senja ini
amat beza dengan senja
kala di pantai lara melontar rasa
mencari ilham syair dan melankolika bahasa
berteman unggas dan camar
yang pulang melepas lelah
cengkerik mendayu alunan merdu
dan mentari berlabuh tenang
ke dasar lautan
langit jingganya yang merona cahaya
beransur menduga pasak rasa
seorang pencinta membuang duka
di pantai sepi bersama senjanya
Senja ini
biar tidak sama seperti senja lalu
biar tidak sesegar hembusan angin bayu
yang bertamu persis membawa berita
dan kisah seharum kasturi
namun senja ini
yang hanya berteman bahang kontang
meski senjanya masih jingga
hanya apa yang patut aku lakukan
menghampar sejadah
menyiap diri bertemu Ilahi
menghadapkan dosa
lalu kuangkat takbir
nawaitu solat tiga rakaat
mencari hidayat
Puas sudah, Kucari kebahagian, Di sisi teman-teman, Kudapat hanya kelalaian, Ku cari lagi, Di hati seorang kekasih, Kudapat hanya kekecewaan, Dan ku terus mencari, Dalam meniti hari, Penuh kekosongan…
Oh, di mana lagi harus ku mencari, Membawa sekeping hati, Yang sarat kerinduan, Rindu yang tiada haluan, Aku keliru sendiri, Apa yang kucari, Apa yang kuperlukan Aku masih tak bisa mengerti, Yang pasti, Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar, Aku mencari cinta agung, Buat jiwaku yang merindukan, Hakikat kebenaran, Cahaya yang membelah kegelapan, Melimpah cemerlang mengisi kekosongan..
Ku sedar, Destinasi pencarianku di sini, Ku mencari-Mu Tuhan, Mengharap keredhaan, Menagih kebahagiaan, Dari sinar cahaya iman...
Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah
Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Berkat asuhan ayah bonda
Kaulah serikandi ummah
Akhlakmu permata diri
Peliharalah maruah dan budi
Nescaya kaulah yang bernama
Wanita Sejati
Kebanggaan ayah bonda
- Ustadz Md. Bin Md. Ishak Masjid Alkaff Kampung Melayu, 22 Rejab 1420H, 1 November 1999
Dalam memilih ataupun mencari pasangan yang soleh, kita harus menimbangkan beberapa aspek-aspek dalam diri kita. Terutamanya daya dan cara pemikiran, peraturan hidup dan matlamat yang jelas kerana dengan menimbangkan perkara-perkara sebegini ia akan dapat meringankan dan menjadikan komunikasi diantaranya bersependapat dan sesuai.
Terlebih dahulu, kita seharusnya juga bermuhasabah diri. Iaitu melihat dahulu kebolehan amalan dan pemikiran kita sendiri. Allah (swt) telah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik”. Disini Allah (swt) telah menjanjikan kita kebaikan dan kebahagiaan untuk sesama sendiri.
Ada diantara soalan yang diajukan seperti, yang mana satukah harus diutamakan diantara kelahiran cinta ataupun memandangkan ciri-ciri solehnya? Jika mengikut hati manusia, apabila jatuh cinta semuanya indah belaka… dikatakan “love is blind”… namun yang harus dipertimbangkan adalah sifat-sifat ciri kewanitaan… iaitu ciri-ciri wanita solehah.
Antara dasar-dasar/ciri-ciri wanita solehah ialah:
ØDari keturunan yang baik
¶dari penyelidikan sains, wanita yang dari keturunan yang baik dapat melahiran zuriat yang baik-baik belaka
¶dari keturunan yang baik, wanita itu akan berpesonaliti dan berkelakuan yang baik-baik
¶dari pandangan umum, keluarga yang baik bergaul dengan orang-orang yang baik
¶kawasan yang baik juga memainkan peranan kepada wanita itu, kerana ia membentuk cara pemikiran dan cara kehidupan wanita itu
ØCinta kepada agama
¶mempunyai sifat taqwa
¶mempunyai sifat sayangkan agama
¶sifat tidak kuat berbelanja, wanita yang tidak kuat belanja sayang kepada agamanya.Wanita yang sifat kuat berbelanja hanya sayang kepada dunia dan tidak pada akhirat
ØSayang kepada anak kecil
¶perasaan sayang kepada anak kecil memaparkan sifat jiwa yang lemah lembut
¶memaparkan kelembutan dan keprihatinan mendidik dan membesarkan anak dengan sempurna
¶dengan kelembutan wanita itu ia dapat menjaga dengan baik benih yang tertanam didalam dirinya
ØPandai menjaga amanah/maruah suami
¶wanita yang amanah boleh menjaga hak harta suaminya.Dari segi harta kekayaan mahupun diri sendiri ketika ketiadaan suaminya itu
¶memaparkan isteri yang taat kepada suami dan perintah agama
ØWajah yang tenteram
¶wajah yang menyejukkan hati seorang suami
¶perasaan sayang dan kasih diseri mukanya
ØWanita yang sihat fizikal
¶wanita itu dapat memberikan zuriat yang banyak, hadith yang bermaksud “kahwinilah wanita wanita yang boleh melahirkan anak ramai dan yang bersifat manja dan yang sering berusaha untuk mencari kasih sayang suaminya”
¶ada hadith yang menyatakan “…sesungguhnya Allah (swt) menjadikan sesuatu yang cantik maka pilihlah untukmu yang cantik dari pandangan matamu sendiri…”
ØDigalakkan menikahi anak dara
¶nabi menggalakkan bernikah dengan anak dara melainkan ada sebab-sebab yang tertentu seperti menikahi seorang janda kerana hendak membantunya dan sebagainya
Dasar ataupun ciri lelaki soleh:
ØBersifat taqwa
ØBerpegang kuat dan cinta kepada agama
¶hormat kepada agama dan hindari larangannya
ØPunyai akhlak yang baik
¶akhlak yang baik menunjukkan dia datang dari keluarga dan pergaulan yang baik
Sebaik-baiknya, carilah pasangan yang khufuk (setaraf) denganmu mahupun dari segi akal fikiran, fizikal, kebiasaan, keluarga, minat dan keturunan kerana itulah yang digalakkan dalam Islam.
[Petikan hadith-hadith dari Al-Bukhari dan Muslim dan Siti Aisya (ra)]
1.“Diantara wanita cantik dan wanita tidak cantik tapi beragama kuat… pilihlah yang beragama kuat kerana ia amatlah penting bagi kamu berdua…”
2.“Wanita yang mengembirakan, taat, berbuat baik dan bila ditinggalkan suami akan menjaga hak suami dan bersikap amanah adalah wanita solehah…”
3.“Wanita yang lembut hati dan jiwanya dan cinta kepada anak kecil dan agama akan memelihara dan melakukan perintah suaminya dengan kelembutan…”
4.“Wanita yang manja dan yang ramai beranak pinak dicintai oleh Allah (swt), kerana ia adalah satu kelakuan jihad (melahirkan anak) baginya…”
5.“Amat penting bagi ibu/bapa memilih untuk anaknya pasangan yang baik”
6.“Kahwinkanlah anakmu dengan lelaki yang cinta dan taat kepada agama Allah (swt) kerana sekiranya dia tidak menyintai anakmu dia tidak akan berani menganiaya anakmu oleh kerana kewajipan dan ketaatannya kepada agama…”
« Fakta yang diketengahkan berasas dari rujukan buku Fiqhul Sunnah.
Ceramah “Memilih Pasangan Soleh” Oleh Ust Md bin Md Ishak Masjid Alkaff Kampung Melayu 22 Rejab 1420H, 1 November 1999.
Nota: Hadith-hadith yang dipetik bukanlah dari kata dasarnya, hanya dari pemahaman makna hadithnya.
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.
Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.
Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.