Saturday, July 25, 2009

PERSAHABATAN


PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.


Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.

Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.

Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.

Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.

Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:

  • Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.

  • Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.

  • Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.

  • Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)

  • Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

  • Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.

    Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.

    Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.
  • Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan yang istimewa..


    Sebahagian ahli hikmah mengatakan :

    bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah

    kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,


    pada bulan Syaaban adalah kesempatan

    untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela,


    dan


    pada bulan Ramadhan adalah masa untuk

    menerangkan hati dan jiwa...



    Moga dipermudahkan dan diterima amalan kita..;)


    click to read ---->->->->

    Saturday, July 4, 2009

    Beritahu pada perempuan itu...

    Beritahu pada perempuan itu,
    Dirinya ibara kaca,
    Disentuh terguris,
    Dihantuk serpih…

    Beriahu pada perempuan itu,
    Jaga tutur kata,
    Cakap tinggi nanti dibenci,
    Terlalu merendah dipijak pula,
    Berhati-hati meluah kata,
    Kerana pulut santan binasa,
    Kerana mulut badan binasa,
    Terlajak perahu boleh di undur,
    Terlajak kata buruk padahnya…

    Beritahu pada perempuan itu,
    Jaga pakaian, ia cermin peribadi,
    Di mana dan dalam keadaan apa,
    Biarlah orang kenal kita orang Melayu…

    Beritahu pada perempuan itu,
    Jagalah maruah,
    Jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
    Sekali tersilap langkah,
    Akan di cerca selamanya,
    Keturunan di hina tak sudah,
    Menyesal kemudian bukan faedah…

    Beritahu pada perempuan itu,
    Simpan secebis malu,
    Kerana malu itu sebahagian daripada iman…

    Melankolik

    Puisi Melankolik ini
    kuciptakan buatmu
    dari hirisan memori semalam
    tika kita pernah bersama
    menyusun kalimah-kalimah cinta

    Puisi melankolik ini
    kulagukan buatmu
    dari jauh bernada sayu
    kuruntuhkan mahkota egoku
    sambil menyeka air mata pilu

    Puisi melankolik ini
    bukan tujuanku meminta simpati
    juga tidak menagih cebisan kasih
    yang telah kau bunuh
    dan padam dari hatimu

    Puisi melankolik ini
    kuhanyutkan buatmu di dalam anganku
    di pinggir senja ini
    hingga ia tertanam
    dilubuk hati yang paling dalam

    Senja Ini

    Senja ini
    tidak seperti senja kelmarin
    meski langitnya masih jingga
    dan episod gelapnya pasti tiba
    namun masih punya beza

    Senja ini
    di padang pasir kontang
    terpukul butir-butir debu berselerakan
    diterbangkan bayu lembah kontang
    dan ribut pasir yang menggila
    dengan bahang panas
    yang mencengkam sanubari seorang pejuang

    Senja ini
    amat beza dengan senja
    kala di pantai lara melontar rasa
    mencari ilham syair dan melankolika bahasa
    berteman unggas dan camar
    yang pulang melepas lelah
    cengkerik mendayu alunan merdu
    dan mentari berlabuh tenang
    ke dasar lautan
    langit jingganya yang merona cahaya
    beransur menduga pasak rasa
    seorang pencinta membuang duka
    di pantai sepi bersama senjanya

    Senja ini
    biar tidak sama seperti senja lalu
    biar tidak sesegar hembusan angin bayu
    yang bertamu persis membawa berita
    dan kisah seharum kasturi
    namun senja ini
    yang hanya berteman bahang kontang
    meski senjanya masih jingga
    hanya apa yang patut aku lakukan
    menghampar sejadah
    menyiap diri bertemu Ilahi
    menghadapkan dosa
    lalu kuangkat takbir
    nawaitu solat tiga rakaat
    mencari hidayat

    Pencarian..

    Puas sudah,
    Kucari kebahagian,
    Di sisi teman-teman,
    Kudapat hanya kelalaian,
    Ku cari lagi,
    Di hati seorang kekasih,
    Kudapat hanya kekecewaan,
    Dan ku terus mencari,
    Dalam meniti hari,
    Penuh kekosongan…

    Oh, di mana lagi harus ku mencari,
    Membawa sekeping hati,
    Yang sarat kerinduan,
    Rindu yang tiada haluan,
    Aku keliru sendiri,
    Apa yang kucari,
    Apa yang kuperlukan
    Aku masih tak bisa mengerti,
    Yang pasti,
    Kekosongan hati ini minta diisi..

    Sejenak ku tersedar,
    Aku mencari cinta agung,
    Buat jiwaku yang merindukan,
    Hakikat kebenaran,
    Cahaya yang membelah kegelapan,
    Melimpah cemerlang mengisi kekosongan..

    Ku sedar,
    Destinasi pencarianku di sini,
    Ku mencari-Mu Tuhan,
    Mengharap keredhaan,
    Menagih kebahagiaan,
    Dari sinar cahaya iman...

    Buat Puteriku..

    Kaulah mawar idaman
    Tumbuhmu di taman larangan
    Mekarmu dipagari dan dibajai
    Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
    Diciptakan sebagai seorang wanita
    Mewarisi kelembutan wanita solehah

    Kembangmu tetap indah
    Walau cuma di taman larangan
    Menyinarkan nur keimanan
    Nan mekar dihiasi mahmudah
    Berkat asuhan ayah bonda

    Kaulah serikandi ummah
    Akhlakmu permata diri
    Peliharalah maruah dan budi
    Nescaya kaulah yang bernama
    Wanita Sejati
    Kebanggaan ayah bonda