Friday, February 13, 2009

Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Friday, February 6, 2009

Peringatan Buat Diriku Yang Sering Lupa

Cuba kita fikirkan sejenak dan insafilah siapa kita


MUTIARA MINDA


Teringat pesan ayahanda...

"sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas?

Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa

usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..."

Subhanallah, betapa alpa nya kami...

sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...


Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam????

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara.

Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.

Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian.

Dalam kita mengejar kejayaan dunia,

kita sering lupa bahawa tujuan hidup

kita yang sebenar..


apakah pilihan kita?

Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih

ihsan dan kasih sayang Allah.

Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah,

bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala

murtad... Fitnah..

gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi.


Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita.

Adakah kita benar-benar menginsafinya.

Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????

Maka,adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di

Universiti dapat membawa kita ke Syurga?

Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan

ikhtiar anda sendiri.

Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ...

walhal semuanya adalah kurnia Allah.

Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah.

Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak

bersyukur.


Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah

walau sedetik sekalipun.

Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran

airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit.

Tetapi, mengapa kita masih leka buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang

berselawat kepada Rasulullah...


Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai

manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia...

Mengapa kita masih mendedahkan aurat.

Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.

Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah

dan Tasauf...

Dapat kah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu

tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya,

jauh dari mengamalkannya.

Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya

memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal

memperhebatkan pertahanan diri.


Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada

mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh

menyebabkan dosa.

Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang

boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian?

Adakah kita seorang Islam.

Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.

Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk

menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.


Kita pergi kuliah, pergi kerja

** kita yakin kita telah menutup aurat?

Kita solat ...

** kita yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan ...

** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?

Kita minum ...

** kita yakin di akhirat kelak kita

akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ..

** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,STPM,Matrix, A++, ...

** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa

** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?

Kita sihat ..

** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ..

** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?


Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari

sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih

mampu tersenyum dan tertawa.

Bersedialah menempuh hari selepas kematian,

bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum

Allah menutup pintu rahmatnya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang

PASTI......!!!!

Siapa kita....???? Wallahu'alam

Monday, February 2, 2009

HATI DAN PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.


Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka....