Friday, June 27, 2008

Kadang-Kadang

Kadang - kadang kita perlu meluahkan..
Kerana kebisuan sukar untuk ditafsir..
Pandangan, sukar untuk dimengerti..
Somehow., unpreDictabLe..

Thursday, June 26, 2008

Kembali

Manusia itu tidak terlepas dari sifat lalai dan alpa…
Ditambah dgn keindahan fatamorgana,
Menjadikan mereka semakin hanyut dlm kelalaian…
Kelalaian yg menjerumuskan manusia ke kancah kehinaan,
Kancah kemaksiatan…Dan kancah kezaliman…
Manusia zaman ini…sudah jauh tersasar
Sudah jauh dari Tuhannya…
Wang dan harta menjadi buruan
Pangkat dan nama menjadi pujaan
Wanita dijadikan hamba nafsu…
Insan tak berdosa dijadikan mangsa kekejaman
Bahkan syaitan dijadikan ikutan…
Apakah mereka tidak menyedarinya?
Atau dgn sengajanya tidak mempedulikan?
Maka untuk apa hidup ini?!!
Andai dunia ini diciptakan utk kegembiraan & hiburan semata,
Lalu mengapa ada yg bersedih?
Mengapa ada yg merasakan tidak aman di SINI?
Apakah mereka terlalu bodoh utk memikirkan antara yg hak & yg batil?
Dan membezakan antara keduanya?
Jika dibandingkan…manusia sudah tiada bezanya dgn binatang…
Yang hanya tahu memuaskan nafsu buasnya…
Di mana malu mereka di hadapan Yang Maha Melihat?
Di mana maruah mereka sbg makhluk yg dikurniakan akal utk berfikir?
Tiada lagikah perikemanusiaan sesama manusia?
Duhai Insan…
Mengapa kita berubah sebegini rupa?
Bukankah sudah berkali-kali diperingatkan akan azab Tuhan bg sesiapa yg ingkar…
Mengapa kita masih berdegil…
Mengejar dunia yg fana’…dan penuh tipu muslihat…
Sedangkan Akhirat itu negeri abadi…
Yang menjanjikan Syurga bagi yg beriman…
Dan Neraka bagi yg kufur dan ingkar…
Sedarlah manusia…
Dunia ini lebih keji dr bangkai di pandangan Allah…
Sanggupkah kita bersekedudukan dgn bangkai…
Sedangkan baunya sahaja sudah tidak tahan…
Kembalilah kepada al-Khaliq…
Sesungguhnya kita ini hanyalah hamba…
Sementara dunia ini hanya sebuah persinggahan…
Kelak kita akan dijemput pulang…
Lalu apakah sudah cukup bekalan yg hendak dipersembahkan dihadapanNya?
Jangan kita terlalu sombong
Jangan kita terlalau ego
Jangan pula kita takbur…
Dengan segala kemewahan dan keseronokan dunia…
Semua itu hanya ujian…hanya nikmat sementara yg diberiNya
Gunakanlah ia ke jalan yg diredhai Allah
Kelak ia menjadi bukti di hadapan al-Hasib…
Ayuhlah insan…
Kita kembali ke landasan yg benar
Kembali ke jalan yg diredhai Allah SWT
Pasti dirimu selamat dunia n Akhirat...

Sunday, June 22, 2008

Sahabat

Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku..

Sahabat yang baik adalah yang seiring dgnku

dan menjaga nama baikku ketika aku hidup mahupun sesudahku mati.

kuhulurkan tangan kpd sahabatku utk berkenalan kerana aku akan berasa senang..

Semakin ramai sahabat aku semakin percaya pada diri..

Aku selalu berharap mendapat teman sejati yang tak luntur baik dlm suka mahupun duka..

Jika aku dapat., aku ingin setia padanya...


-IMAM SYAFIE-

Wednesday, June 18, 2008

antara 2 cinta...

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat y dikecap barukan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah didalam genggaman.

dunia ibarat air laut diminum hanya bertambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir..
panas yang membahang disangka air..
dunia dan nafsu bagai byg2
dlihat ada dtangkap hilang...

tuhan leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku.
kerana disitu tidak kumampu mengumpul dua cinta...
hanya cinta mu kuharap tumbuh dibaja dibakar

Barangsiapa yang menyaksikan dunia pada permulaan sifatnya. dia tidak akan terpujuk pada sifatnya.dia tak akan terpujuk pada akhirnya.Barangsiapa mengenal hakikat dunia pada batinnya,dia tidak akan takjub pada lahirnya dan barangsiapa dibuka baginya akibat yang ditimbulkan oleh dunia,maka dia tidak akan terngiur dengan keindahannya

Monday, June 16, 2008

Cinta?

"tElaH KuaKui aGuNgnYa ciNtaMu tElaH KusEdaRi siApa diRi iNi anDai ciNta Ada laGi sEmaRaKkaNLah ia di HatiKu"

Sunday, June 15, 2008

Ibu.......Penawar atau Racun....???

















Semua agama di dunia ini mengajar pengikutnya agar menghormati ibu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka mendidik serta membesarkan anak-anak.


Kemesraan antara anak dan ibu menjadi pemangkin kepada pembinaan akhlak dan pembangunan keluarga.

Kebiadaban terhadap ibu bapa pula boleh menimbulkan kemarahan dan merenggangkan hubungan.

Derhaka kepada ibu bapa adalah perbuatan yang sangat ditakuti mereka yang mempunyai asas agama kerana khuatir tidak dapat mencium syurga kerana Rasulullah S.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Syurga di telapak kaki ibu.

Terdapat kisah sejarah yang menceritakan tentang seorang anak di zaman Rasul yang tidak mengendahkan panggilan ibunya sehingga mengalami kesukaran yang amat sangat ketika nazak.

Jika dikaji dengan lebih teliti, ia sebagai satu iktibar tentang peri pentingnya hubungan mesra dan kesediaan untuk segera menyelesaikan masalah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Penghormatan kepada ibu tidak pula bersifat mutlak, anak-anak masih boleh tidak mentaati ibu andainya perintah si ibu bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan Rasulullah s.a.w dalam hadith yang bermaksud:

Tidak wajib ditaati perintah makhluk jika ia bertentangan dengan perintah Allah.

Ada kalanya anak-anak tersepit di antara ibu dan pasangan hidupnya sehingga terkeluar daripada mulut suami:

Isteri boleh dicari tetapi ibu tidak boleh ditukar ganti.

Kata-kata seperti ini amat melukakan perasaan seorang isteri dan tidak wajar diucapkan walau dalam keadaan marah kerana hati yang luka sukar diubati.

Ketegangan hubungan rumah tangga mempunyai banyak sebab - sama ada berpunca daripada ibu yang bersifat mengongkong, suami yang tidak bijak memainkan peranan atau si isteri yang kurang dapat menyesuaikan diri dengan keluarga barunya.

Seorang ibu akan mendapat penghormatan apabila beliau menunjukkan sifat keibuan yang tulen, bersedia berkorban untuk kebahagiaan anak, memahami keadaan yang berubah dan membentuk identiti dalam keluarga barunya.

Suami bukan sahaja perlu memberikan keyakinan kepada ibunya, malah beliau diharap dapat menerangkan dengan baik dan menyelesaikan apa jua masalah yang timbul. Ketaatan membuta tuli tanpa mempertimbangkan keperluan isteri hanya akan menyulitkan kehidupannya sendiri. Si isteri juga harus sedar apabila dia mendirikan rumah tangga, keluarga suami akan menjadi bahagian daripada hidupnya dan harus menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

Kegagalan suami dan keengganan isteri untuk memberikan kerjasama akan menjadikan si isteri merasakan ibu mertua sebagai madunya yang mengancam kestabilan rumah tangga. Kehidupan seperti ini hanya akan meletakkan rumah tangga di tepi jurang yang menunggu saat untuk runtuh dan berderai.

Tidak ada sesiapa yang untung dalam keadaan tersebut, suami atau isteri harus menyedari matlamat atau wawasan mereka mendirikan rumah tangga, bersedia bertolak ansur dan berfikir dengan saksama agar kebahagiaan yang ingin dicapai mendapat restu orang tua dan kewujudan ibu bapa sebagai rahmat dan bukan punca rumah tangga yang gawat.

Saturday, June 14, 2008

Bila Aku

Bila aku meminta KEKUATAN,
Allah memberi aku RINTANGAN agar aku kuat.

Bila aku meminta KEBIJAKSANAAN,
Allah memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya.

Bila aku meminta KEKAYAAN,
Allah memberi aku AKAL agar aku bekerja.

Bila aku meminta KEBERANIAN,
Allah memberi aku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya.

Bila aku meminta CINTA,
Allah memberi aku ANAK-ANAK TERBIAR untuk aku bantu.

Bila aku meminta KURNIA,
Allah memberi aku KESEMPATAN.

Dalam semua hal itu...
aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN,
Tetapi AKU menerima apa yang AKU PERLUKAN.
Ternyata doaku telah dikabulkan-NYA.

Lawak atoman buat mu.....

Pulau Hokkaido jauh ketengah

Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro..

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier
Ultraman 'fire'kan

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser Ultraman pulak
yang lebih-
lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser

huhuhuuhuhu!!!!!!!!

15 cara untuk jadikan roommate anda gila..

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...

1. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

2. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

3. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

4. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

5. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

6. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

7. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.


8. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

9. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

10. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

11. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

12. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

13. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

14. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding..." Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

15. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hehe..try lah...

Thursday, June 12, 2008

Rindu

Sering rindu datang tanpa diundang..
Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera..
Namun., kerana rindu itu insan saling berjanji..
Kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimeterai..

Monday, June 9, 2008

YANG PALING...

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia?

3. Apa yang paling besar di dunia?

4. Apa yang paling berat di dunia?

5. Apa yang paling ringan di dunia?

6. Apa yang paling tajam di dunia?

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya... pertama, ''Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab, ''Orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya.''

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah 'MATI'. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ''Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab, ''Negara

China
, bulan, matahari dan bintang-bintang.''

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah 'MASA LALU'. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. ''Apa yang paling besar di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab, ''Gunung, bumi dan matahari.''

Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah 'NAFSU' (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, ''Apa yang paling berat di dunia ini?''

Ada
yang menjawab 'besi dan gajah'. Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali. Tetapi yang paling berat adalah 'MEMEGANG AMANAH' (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, ''Apa yang paling ringan di dunia ini?''

Ada
yang menjawab 'kapas, angin, debu dan daun-daunan'. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah 'MENINGGALKAN SOLAT'. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara aktiviti kita meninggalkan solat.

Dan pertanyaan keenam adalah, ''Apakah yang paling tajam di dunia ini?''

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, ''Pedang!''

Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah 'LIDAH MANUSIA'. Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Ber'couple' Bukan Budaya Umat Islam Yang Beriman

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?



CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau;
Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya
adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan
dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya;
Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan
dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan
pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang
berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.

Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Sunday, June 1, 2008

HARAPANKU PADA-MU SUBUR KEMBALI

Wahai Tuhanku Yang Esa,
bila kenangkan Kahhar-Mu,
rasa gerun dihatiku kerana takutkan seksa-Mu,
hamba-Mu rasa berputus asa,
siapakah dapat bersihkan diri?
dari segala dosa yang memburu,
setiap hari setiap ketika.

Tika kenangkan Ghaffar-Mu,
putus asa tiada lagi,
semangatku pulih semula,
harapanku subur kembali,
ujian menimpa menekan di jiwa,
tak sanggup meneruskan perjuanganku,
mehnah-Mu itu penghapus dosaku,
mengganti hukuman-Mu di akhirat.

Di waktu mengenang Rahmat-Mu,
terasa diri kurang bersyukur,
pada-Mu harus ku bermohon,
moga syukur bertambah,
alangkah susahnya mendidik nafsuku,
yang tidak dapat melihat kebenaran-Mu,
bantulah hamba-Mu dalam mendidik jiwaku ini.

Wahai Tuhanku Yang Esa,
bila kenangkan Kahhar-Mu,
rasa gerun dihatiku kerana takutkan seksa-Mu,
hamba-Mu rasa berputus asa,
siapakah dapat bersihkan diri?
dari segala dosa yang memburu,
setiap hari setiap ketika..

Kerana Kasih

Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa
merawat luka damai dijiwa

Layar Keinsafan

sepi benar senja ini
bayunya semirip menganak ombak kecil
jalur ufuk pula mengemas terang
kapal dan layar terkapar

mengapa nantikan senja
barukan terdetik pulang kepengkalan
mengusur malam menghampiri
ku tewas di lautan

Tuhan...
layarkan ku ke arah cinta Mu
tuntuni ku mengapai rehdaMu
rimbunan kasih-Mu ku berteduh
kepada Mu ya Tuhan

berikan secebis keinsafan
bekalan sepanjang perjalanan
mencari ketenangan

biar Kau menjadi saksi
tulus tangis ku kala dini hari
kesempatan yang hanya sebentar
moga keikhlasan ku terlakar

berikanlah ku hidayah
agar dikuatkan iman yang lemah
moga diberkati hidup ini
menuju bahagia yang kekal abadi

pada-Mu tuhan
kan ku serahkan cinta kepada-Mu

harapan ku moga dikurniakan
manisnya iman berpanjang
moga lautan hilang gelora
untuk berlayar